02 March 2024
NOOR NABILA JELAS DIA & SHARNAAZ DAH LAMA 'MOVE ON'
"Saya dan Sharnaaz sudah lama 'move on' dan kami selesa dengan kehidupan masing-masing," jelas usahawan Noor Nabila yang memberitahu, dia dan bekas suaminya yang juga pelakon, Sharnaaz Ahmad sudah lama 'move on' daripada perkahwinan mereka terdahulu.
Dalam pada itu, Nabila turut menjawab pertanyaan netizen yang memintanya dan Sharnaaz untuk kembali bersama, dimana katanya, mereka kini sudah selesa dengan kehidupan masing-masing.
Difahamkan, pertanyaan netizen itu susulan kenyataan Sharnaaz yang enggan memberikan komen mengenai hubungannya dengan pelakon Amelia Christie selepas kedua mereka dikatakan saling 'unfollow' Instagram masing-masing.
Tambah kakak kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa itu lagi, dia belum bersedia untuk menjalin hubungan cinta dengan mana-mana lelaki dan mahu memberi fokus pada diri sendiri serta anak tunggalnya, Jebat Jayden.
"Kami berdua profesional sebab kami ada anak bersama. Lagipun saya belum bersedia untuk menjalin hubungan dengan sesiapa. Saya mahu fokus pada diri dan anak saya. Jujur saya tiada masa nak fikir soal bercinta sekarang," ujarnya.
Meskipun begitu, Nabila berkata, dia tidak menutup pintu hatinya untuk mendirikan rumah tangga walaupun beberapa kali berd£pan kegag@lan sebelum ini.
"Kalau ada rezeki untuk saya berumah tangga lagi dan masa itu sesuai saya terima apa saja takdir yang tertulis untuk saya," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment