02 March 2024

KERANA SARAT HAMIL & TIDAK MAHU MERISIK0KAN KANDUNGAN KEDUA - UYAINA TERPAKSA TOLAK MENGACARA AKADEMI SAHUR DI INDONESIA



"Pada mulanya memang saya nak terima tawaran (mengacarakan program Akademi Sahur) itu, namun apabila memikirkan kandungan sudah memasuki usia lapan bulan dan perlu berada di Indonesia selama sebulan sepanjang Ramadan, jadi terpaksa tolak.
"Sekiranya melahirkan anak di sana (Indonesia), proses dokumentasi untuk bayi saya mungkin akan jadi suk@r, selain perlu tinggal lebih lama untuk berpant@ng. Apapun, saya ber@t h@ti juga untuk lepaskan tawaran ini.

"Sebab saya tahu program itu memang menarik dan mengacarakan program di Indonesia memang seronok. Bayaran ditawarkan juga bagus, selain kru produksi sangat menjaga kebajikan saya dengan baik sepanjang di sana.

"Saya diberikan rumah, pemandu peribadi, jurumekap dan saya sebenarnya hanya perlu bawa diri saja di sana," demikian kata pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad.

Isteri kepada penyanyi Raja Syahiran itu memberitahu, dia terpaksa menolak tawaran mengacarakan program Akademi Sahur sempena bulan Ramadan ini di Indoesia kerana tidak mahu merisik0kan kandungan kedua yang kini berusia lapan bulan.

Jelas Uyaina, walaupun menerima bayaran lumayan, termasuk diberikan segala keistimewaan sepanjang bekerja di sana, namun demi keselamatan kandungannya, dia terpaksa melepaskan tawaran daripada stesen TV di negara jiran itu.

Tambah Uyaina lagi, suaminya itu tidak pernah menghalang dia bekerja, selain memberi kebebasan kepada dirinya.

"Suami tak pernah halang saya bekerja sebab dia tahu kemampuan saya. Jika saya terima tawaran itu, saya perlu bertugas bermula dari jam 12 tengah malam dan siaran langsungnya pula bermula dari jam 2 pagi sehingga jam 5 pagi.

"Jadi selepas mengambil kira segala risik0, saya nek@d untuk menolak tawaran itu beberapa hari lalu," ujarnya yang mendirikan rumah tangga dengan Syahiran pada 21 Disember 2021.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki diberi nama Raja Urhan yang kini berusia setahun.

Kini, Uyaina dan Syahiran sedang menantikan kelahiran cahaya mata kedua mereka yang dijangka dilahirkan pada Mei depan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: