16 March 2024

"ADA HARI AKAN RASA SEDIH & ADA HARI GEMBIRA, JANGAN PUTUS ASA" - IBU ALIFF AZIZ



Ibu kepada pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil tampil memberi responnya terhadap k£s memb@bitkan anaknya itu yang disy@ki berkhalw@t bersama pelakon, Ruhainies pada 9 Mac lalu.
Menerusi luahan yang dimuat naik di Instagram Story, ibu Aliff berkata, setiap ujian diterima tidak akan membuat anaknya itu berputus asa, sebaliknya percaya ada hikmah di sebaliknya.

"Ada hari akan rasa sedih dan ada hari gembira, jangan putus asa. Apabila kehidupan menjadi lebih suk@r, ingatlah bahawa tiada yang kekal.

"Anda telah melalui hari-hari yang baik sebelum ini dan anda akan merasainya lagi selepas ini dengan rahmat-Nya," katanya.

Dalam luahan itu juga, Hafiza percaya doa adalah jalan terbaik meraw@t segala perkara dihad@pi ketika ini.

"Berhenti berasa ris@u. Mulakan dengan berdoa dan anda akan merasakan nikmat damai turun ke atas anda. Yakinlah pada Allah.

"Lebih baik bercakap dengan orang tentang mas@lah anda untuk mendapatkan pandangan dan kepastian mereka. Terima kasih juga kepada Allah atas segala-galanya," ujarnya.

Malam semalam, Aliff dan Ruhainies akhirnya tampil menjelaskan kejadian sebenar, selain turut menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: