13 March 2024

"ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA" - BELLA ASTILLAH JELAS ANAK-ANAK TAK TAHU PASAL DIA & SUAMI



"Mereka (anak-anak) tidak tahu apa-apa sebab saya selalu bagi alasan ayah mereka kerja dan mereka pun tak main telefon. Ayden bersekolah di sekolah Cina, jadi dia tak dengar apa-apa berita. Saya cakap pada Aliff dia sentiasa boleh jumpa anak-anak. Saya takkan tetapkan apa-apa syarat.
"Belum masanya untuk cerita pada anak-anak sebab anak kedua baru empat tahun, dia tidak faham situasi. Anak sulung pun saya tak nak beritahu sebab dia baru dua hari sekolah. Bella rapat dengan dia jadi dia tidak bertanya."

Jelas pelakon dan penyanyi Bella Astillah, 30, yang memberitahu, anak-anaknya tidak tahu mengenai isu yang mel@nda antaranya dengan suami, Aliff Aziz.

Dalam pada itu, Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 30, yang n£kad dengan keputusannya untuk bercerai, berharap, Aliff dapat berpisah secara baik dan memperb@iki diri masing-masing ke arah kebaikan.

"Jumaat ini hari jadi saya. Sedih, tapi saya anggap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

"Saya cuma berharap perkara ini berlalu dengan cepat dan sama-sama menjalani hidup masing-masing.

"Semoga dengan apa yang terjadi, dapat perbaiki diri masing-masing. Ini juga pesanan untuk diri sendiri juga," katanya.

Sebelum ini, Bella tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 12.27 tengah hari, ditemani ibunya, Zarinah Astillah dan adiknya, Didi Astillah. Bagaimanapun, Aliff tidak hadir.

Untuk makluman, Bella dan Aliff pernah bercerai pada Mei 2019, namun tidak lama selepas itu, mereka rujuk semula pada tahun sama ketika masih dalam tempoh edah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: