07 March 2024

ADIRA NAFI DAKWAAN DATUK RED KATA DIA GOSOK BAJU, SEBALIKNYA BIB1K



"Bukan saya yang gosok baju itu, bib1k (pembantu) yang buat tapi betul kami masih serumah. Dekat rumah pun memang ada komun1kasi antara saya dan dia, tidaklah bermas@m muka.
"Tapi seperti saya cakap berulang kali sebelum ini, walau macam mana sekali pun, keputusan saya tetap sama (cerai). Itu sahaja yang saya boleh kongsikan setakat ini."

Jelas penyanyi Adira Suhaimi yang memberitahu, dia nek@d dengan keputusannya yang mahu bercerai secara baik untuk kebaikan empat orang cahaya matanya dan sudah lama berfikir mengenai perkara itu.

Sebelum ini, Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu berkata, dia percaya rumah tangga dia dan Adira masih dapat diselamatkan, apatah lagi mereka masih tinggal sebumbung.

Malah, Datuk Red juga memaklumkan, bajunya yang dipakai hadir ke mahkamah digosok oleh Adira.

Bagaimanapun, Adira menafikan kenyataan suaminya itu, sebaliknya baju tersebut disiapkan oleh pembantu rumah atau bib1k.

Dalam pada itu, Adira berkata, sebelum ini dia rujuk kembali dengan suaminya, Datuk Red adalah kerana anak dan setakat ini, dia tetap mahu meneruskan perceraian.

"Saya sebenarnya sudah lama fikir tentang anak-anak, sekarang ini semua yang berlaku pun kerana memikirkan kepentingan anak-anak.

"Dahulu saya rujuk pun sebab anak-anak kami, tiada sebab lain selain mereka. Setakat ini keputusan saya tetap sama untuk meneruskan perceraian ini, tidak akan berubah apa pun," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: