13 March 2024

AKUI 'SINGLE' - AMELIA CHRISTIE MAHU CARI LELAKI BAIK HATI, SOPAN SANTUN & BERTANGGUNGJAWAB



Pelakon Amelia Christie akhirnya mengakui dirinya kini kembali 'single', selepas pelbagai sp£kulasi mengenai status hubungannya dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.
Amelia berkata demikian menerusi video yang dikongsikan satu jenama tudung di TikTok baru-baru ini, dimana dia turut menjawab soalan mengenai ciri-ciri lelaki idamannya yang mahu seorang yang baik hati, sopan santun dan bertanggungjawab.

"Saya 'single'. Saya okay dengan soalan tu sebab kita kena bagi tahu kita 'single'. Lelaki idaman saya adalah seorang yang bertanggungjawab, sopan santun dan baik hati," tuturnya.

Terdahulu, hubungan Sharnaaz dan Amelia menjadi tanda tanya apabila masing-masing tidak lagi mengikuti satu sama lain di Instagram.

Malah, Sharnaaz yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden hasil perkahwinan sebelum ini dengan Noor Nabila, juga berkata, dia tidak pernah mengiyakan mempunyai hubungan dengan Amelia.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: