13 March 2024
HAMIL TUJUH BULAN - UYAINA ARSHAD & SUAMI BERSYUKUR BAKAL TIMANG ANAK LELAKI KEDUA
"Sebagai ibu yang mengandung selama sembilan bulan, saya cuma berdoa agar anak saya sihat serta sempurna akal, fikiran, hati dan fizikal.
"Saya tidak kec£wa kerana belum dikurniakan anak perempuan tapi saya sangat bersyukur. Dalam keluarga saya, dua adik-beradik di atas saya adalah lelaki. Kemudian, kakak dan barulah saya.
"Anak buah saya pula seorang sahaja lelaki dan yang selebihnya perempuan. Bila ada Raja Urhan (anak sulung) dan bayi kedua ini, bertambahlah bilangan lelaki."
Demikian kata pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad yang mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki kedua tidak lama lagi.
Isteri kepada penyanyi Raja Syahiran yang kini hamil tujuh bulan itu berharap, bayi dalam kandungannya ini sihat dan berjalan lancar.
Dalam pada itu, Raja Syahiran meluahkan rasa syukur apabila bakal menimang cahaya mata lelaki, sekali gus menjadi tunj@ng utama buat keluarganya satu hari nanti.
"Saya sangat bersyukur. Lelaki atau perempuan, saya terima saja. Seperti ibu bapa lain, mereka pasti gembira jika mempunyai anak sepasang.
"Bila dikurniakan dua anak lelaki pun saya bersyukur sangat. Mungkin dia boleh menjaga ibu, nenek dan adik-beradiknya yang lain nanti.
"Saya juga berharap agar dapat menjadi seorang bapa dan pemimpin yang baik buat anak-anak saya. Saya juga nak didik mereka menjadi manusia berguna buat masyarakat," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment