Pelakon dan penyanyi Bella Astillah yang hadir ke mahkamah bagi sebutan kes perceraian dengan suaminya, Aliff Aziz di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini, berkata, dia kali ini n£kad untuk bercerai selepas beberapa kali peluang diberikan dan perceraian ini adalah jalan terakhir.
Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 30, menjelaskan, dia n£kad berbuat sedemikian setelah mengambil kira banyak perkara selain insiden tangk@pan khalw@t suaminya dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu negara, baru-baru ini.
Kelmarin, Bella yang diwakili peguam syarie Azmi Mohd Rais dari Zulkifli Yong Azmi & Co. itu sudah memfailkan perceraian di mahkamah sama.
"Kali ini saya n£kad untuk bercerai. Saya kira perceraian adalah yang terbaik sekarang. Sudah banyak peluang diberikan pun. Peluang demi peluang sudah saya berikan kepada Aliff.
Klik untuk gambar besar
"Saya harap Aliff dapat memberikan kerjasama dalam menyelesaikan kem£lut ini," ujar Bella yang hadir di mahkamah dengan ditemani ibu dan adiknya, pelakon dan penyanyi Didi Astillah.
Untuk makluman, Bella dan Aliff yang juga penyanyi dan pelakon itu pernah bercerai pada Mei 2019, namun rujuk semula pada tahun sama ketika masih dalam tempoh edah. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan sepasang anak.
Dalam pada itu, kata Bella, Aliff sepatutnya hadir ke mahkamah hari ini kerana dia bersetuju untuk bercerai, selain mahu mempermudahkan segala urusan tersebut.
"Patutnya dia (Aliff Aziz) hadir hari ini (Rabu). Setahu saya dia setuju pada awalnya untuk bercerai. Saya cuma nak permudahkan proses, lebih-lebih lagi ini adalah bulan Ramadan. Saya mahu semuanya berjalan dengan lancar.
"Saya rasa ini adalah jalan terbaik untuk kami. Saya rasa memilih ini (cerai) adalah yang terbaik untuk diri Aliff dan saya," tuturnya.
Sementara itu, peguam yang mewakili Bella, mengulas, hari ini adalah tarikh sebutan pertama perceraian.
"Pihak kami failkan cerai kelmarin secara ekspr£s. Sebelum ini Aliff bersetuju untuk cerai dan datang, namun dia maklumkan ada penggambaran. Dia minta tarikh seterusnya.
"Ikut pros£dur pada tarikh akan datang, Aliff perlu hadir dan menyatakan pendirian dia sama ada mahu cerai atau tidak. Jika tidak mahkamah akan tentukan langkah seterusnya iaitu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Hakam," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment