13 March 2024

PADA MAC TAHUN LALU - EZLYNN DEDAH SUAMI KAHWIN LAGI, REDA BERMADU DENGAN DOKTOR SELEPAS BERI KEIZINAN



Penyanyi Ezlynn yang sebelum ini memberitahu dia mahu mencari isteri baru untuk suaminya, Wan Mohd Hafizam, untuk mencukupkan empat sebagai saham akhirat buatnya, mendedahkan dirinya kini bermadu dengan seorang doktor berusia 26 tahun.
Kata Ezlynn, suaminya itu mendirikan rumah tangga lagi pada Mac tahun lalu, selain memaklumkan, Hafizam telah menceraikan dua isterinya sebelum ini, sekaligus status dirinya kini berubah kepada isteri pertama.

"Kalau ikutkan saya yang keluarkan kenyataan nak carikan madu untuk suami tapi tak jumpa calonnya. Dia akhirnya cari sendiri dan bagi saya baguslah kerana kena dengan cita rasanya.

"Kami dah dipertemukan oleh suami semasa sesi ta@ruf (berkenalan). Saya letakkan syarat kepada suami supaya jangan halang aktiviti saya di media sosial kerana ia adalah platform untuk berniaga dan sebagainya.

"Orang suka tengok aktiviti dan peribadi artis di situ. Suami boleh terima permintaan ini," kata Ezlynn.

"Rasional saya carikan isteri untuk suami ialah saya seorang yang sibuk dengan kerja. Pergi 'travel' lama-lama rasa tak senang hati dan tak boleh duduk diam.

Klik untuk gambar besar
"Sekurang-kurangnya ada seorang isteri yang jaga senang juga, saya boleh fokus pada kerja. Dari dia buat tak elok baiklah kahwin. Kita pun dapat berkat, pahala dan rezeki.

"Tak dinafikan ada wanita yang mar@hkan saya tapi saya cakap suami bukan milik saya sahaja. Ia hak dan milik Allah. Kalau benda ini boleh mengharmonikan, bagus. Kalau tak sesuai carilah s0lusi lain yang terbaik," ujarnya

Dalam pada itu, Ezlynn turut berkongsikan, dia membuat keputusan untuk berpoligami selepas mendengar ceramah agama yang menyentuh hatinya.

"Kata ustaz, wanita nak masuk syurga senang saja iaitu dengan jadi isteri yang taat. Itu yang saya buat keputusan ini termasuk berpoligami. Tapi poligami bukan untuk semua wanita. Kalau isteri tak boleh terima, janganlah kerana akan jadi ment@l pada isteri dan anak.

"Saya tetapkan pada suami agar buat penggiliran pada kami berdua setiap tujuh hari. Ikutkan tiga hari penggiliran tapi kasihan pula kerana madu saya tinggal di Perlis.

"Insya-Allah saya akan pindah ke Changlun, Kedah apabila semua urusan membabitkan rumah dengan bekas suami selesai," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: