13 March 2024

ISTERI TAK BALIK RUMAH SEJAK NOVEMBER TAHUN LALU - IPPO HAFIZ FAIL TUNTUTAN NU5YUZ



Selepas isteri tidak pulang ke kediaman kelamin sejak November, tahun lalu, penyanyi Ippo Hafiz telah memfailkan tuntutan nu5yuz Fara Roslan di Mahkamah Rendah Syariah, di sini.
Ippo yang hadir di mahkamah semalam bersama peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan, berkata, isterinya itu keluar tanpa keizinannya. Difahamkan, ketika pr0siding itu, isteri Ippo tidak hadir.

"Hari ini (semalam) selesai sebutan pertama di mana saya memfailkan tuntutan nu5yuz terhadap isteri. Fara keluar rumah tanpa izin sejak November tahun lalu.

"Pelbagai usaha sudah dilakukan, jadi ini (tuntutan nusyuz atau bermaksud keengg@nan isteri mentaati perintah atau permintaan suami yang sah di sisi syar@k) salah satu langkah yang perlu saya lakukan sebagai suami," katanya.

Jelas Ippo, dia tidak berkongsi mas@lah rumah tangga di laman sosialnya demi menjaga a1b dan kehorm@tan keluarganya.

"Siapa yang nak diuj1 begini? Kalau tanya saya, saya pun tidak sangka, kami akan pergi sejauh ini. Semestinya sebagai seorang suami memang saya tak sangka saya akan lalui semua ini," tuturnya yang juga seorang komposer

Dalam pada itu, Ippo memberitahu, dia tidak menyangka rumah tangga yang dibina sejak 2019 akan diuj1 dengan perceraian.

Tambahnya lagi, anak bongsunya itu kini berada di bawah jagaannya, manakala yang anak pertama bersama isterinya.

"Anak kedua saya, Ibrahim bersama dengan saya dan anak sulung dengan dia. Jadi Ramadan saya bersama Ibrahim saja.

"Tak boleh nak cakap perasaan ini macam mana, saya hanya boleh cakap, saya sayangkan keluarga saya," ujar Ippo yang dalam masa sama turut memohon orang ramai boleh mendoakan yang terbaik buat dirinya, sempena bulan baik ini.

"Saya mohon agar semuanya dipermudahkan dan akan berjalan dengan lancar. Saya memang tak boleh berkongsi apa yang berl@ku kerana ini memb@bitkan nama baik keluarga," katanya.

Untuk makluman, Ippo dan Fara mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: