28 March 2024

AL-FATIHAH - ADIK PEREMPUAN BIENDA KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah diucapkan kepada penyanyi Bienda, 39, atas pemergian adik perempuannya, Nur Fazlinda Ahmad Fazli atau Alin, 24, yang meninggal dunia pada jam 11.30 pagi, hari ini.
Bienda atau Nor Razlinda Razli yang juga anak kedua penyanyi dangdut, Sheeda itu berkongsi berita duka berkenaan di akaun Instagram miliknya.

"Innalillahiwainailahirojiun, Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya kami kembali.

"Al-Fatihah buat adinda saya Nur Fazlinda Ahmad Fazli yang baru saja menghembuskan nafasnya pada jam 11.30 pagi tadi.

"Saya mewakili adik saya memohon maaf andai ada kesal@han Alin/ Faz yang pernah meluk2kan hati kalian. Mohon dihalalkan makan dan minumnya juga,' tulisnya.

Menurut Bienda, jenazah Allahyarham adiknya itu akan dibawa ke Masjid Zaid Bin Haritsah, Gombak dan arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak selepas Asar.

Dalam pada itu, Sheeda juga membuat perkongsian sama berhubung berita sedih kem@tian anak ketiganya itu di akaun Instagram miliknya.

Sementara itu, rata-rata warga maya di kalangan pengikut dan rakan selebriti mengucapkan takziah dan mendoakan Bienda dan Sheeda sekeluarga tabah menghad@pi uj1an berat pada Ramadan mulia ini serta mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat disisi Allah SWT.

Untuk makluman, Allahyarham Nur Fazlinda adalah cahaya mata Sheeda bersama bekas suami keduanya, Ahmad Fazli Mohammad, sebelum bercerai di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur ketika Allahyarham berusia 13 tahun.

Menerusi perkahwinan pertama, Sheeda dikurniakan dua cahaya mata iaitu Bienda dan abangnya, Hafizul Razli.

Pada 2007, Sheeda bertemu jodoh kali ketiga dengan guru, Sukri Hashim, namun bercerai pada 2019 lalu dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Aiman, 16.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: