19 March 2024

"ALHAMDULILLAH, TERIMA KASIH KEPADA SEMUA" - SHERA AIYOB SELESAI JALANI PEMBEDAHAN BUANG 'CYST' 8 SENTIMETER



Baru-baru ini, pelakon dan pengacara, Shera Aiyob telah selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan 'cyst' sebesar 8 sentimeter (sm) di sebuah hospital.
Shera yang berkongsi perkara itu menerusi Instagram (IG), berkata, dia terpaksa di masukkan ke wad selepas berasa s@kit p£rut teram@t sangat sebelum ini.

"Saya berasa s@kit p£rut yang teram@t sang@t kira-kira jam 2 pagi sampai dada berasa s£mpit dan tak boleh bernaf@s.

"Saya sampai di bahagian kecem@san hospital pada jam 3.30 pagi dan terus dimasukkan ke wad," kata isteri kepada pelakon Zahiril Adzim itu, dimana dia turut berkongsi, doktor juga beritahu kemungkinan besar 'cyst' itu sudah 'ruptur£d' (p£cah).

"Saya berasa seri@u tapi terpaksa menjalani pembedahan berkenaan. Dalam jam 11 malam, doktor melakukan bius dan pembedahan mula dijalankan. Saya hanya dikejutkan pada jam 1.30 pagi dan diberitahu pembedahan sudah selesai," ujarnya.

Berkongsi mengenai 'cyst' lagi, kata Shera, dia dapat tahu dirinya ada ketumbuhan sebesar 5 sentimeter itu selepas buat pemeriksaan 'scan' di klinik pada 14 November tahun lalu.

"Saya terpaksa buat 'scan' di klinik kerana mengal@mi s@kit p£rut ketika itu. Selepas dapat tahu mengenai ketumbuhan itu, doktor di klinik itu minta saya buat rawatan lanjut di hospital.

"Saya juga terpaksa ke hospital dan doktor beritahu memang ada 'cyst' dan diberi pilihan untuk makan ubat dulu.

"Namun, selepas buat pemeriksaan lagi pada 14 Februari lalu, doktor beritahu saiz 'cyst' sudah hampir 8 sm dan doktor cadangkan untuk buat pembedahan," kongsinya.

Jelas Shera lagi, pada mulanya, dia merancang untuk menjalani pembedahan itu selepas raya tetapi Allah S.W.T penentu segalanya.

"Saya terpaksa menjalani pembedahan itu selepas s@kit p£rut teram@t sangat dan pembedahan terpaksa dijalankan segera pada 12 Mac lalu.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada semua doktor dan jururawat yang merawat sepanjang saya di hospital. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kerana saya sangat menghargainya.

"Semoga semua yang mendoakan juga mendapat keistimewaan dan keberkatan pada Ramadan yang mulia ini," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: