05 March 2024
AMAR ASHRAF NEK4D BERHENTI BERLAKON, RASA BERSAL4H PEGANG BAHU MIMI LANA WALAUPUN TAK BERS£NTUHAN
"Memang saya sudah berhenti berlakon, drama terakhir saya adalah pada 2021 dan tawaran diterima selepas itu saya tolak sebab nek@d mahu tinggalkan dunia seni.
"Menerusi drama terakhir saya ada babak seolah-olah saya pegang bahu Mimi Lana dan walaupun tidak bers£ntuhan tapi saya betul-betul rasa bersal@h.
"Memang sebelum ini saya ada berlakon bers£ntuhan dan berp£lukan dengan pelakon wanita tapi sekarang saya mahu berubah."
Itulah kata pelakon Amar Asyraf yang memberitahu, lakonan bukan lagi jiwanya serta mendedahkan pengalaman menjalani penggambaran drama 'Perempuan Itu' dua tahun lalu menyedarkan dirinya.
Jelas Amar, babak seolah dia memegang bahu Mimi Lana dalam drama tersebut membuatkan dirinya rasa bersal@h dan dia sedar bahawa ianya adalah satu kesal@han.
Dalam pada itu, Amar memberitahu, penghijrahannya itu juga menjadi penyebab dia bulat hati dengan keputusan tersebut serta menolak tawaran program televisyen yang memerlukan dia muncul di hadapan kamera.
"Penghijrahan saya juga antara faktor membuat keputusan ini. Saya rasa tidak selesa untuk berlakon, jadi lebih baik tidak lagi menerima sebarang tawaran. Kalau ada program TV pun mungkin saya hanya terlibat sebagai penaja sahaja, tak mahu lagi depan kamera," ujarnya.
Tambahnya lagi, dia kini memberi fokus dalam perniagaan, namun masih menyalurkan kreativiti dunia seni menerusi kont£n media sosial sebagai sal@h satu kaedah memprom0sikan perniagaan.
"Saya masih boleh terus berkarya menerusi video yang dimuat naik di sosial media dan sebab itu buat masa sekarang saya tidak pernah rasa rindu terhadap dunia lakonan.
"Secara jujur saya lebih tenang dan gembira. Kehidupan lebih sederhana tanpa perlu fikir soal penampilan, malah nak makan di mana-mana pun tiada mas@lah," tutur Amar yang berkata, dia kini memilih untuk memberikan tumpuan penuh kepada perniagaan wangian yang dibinanya.
"Saya berbincang dengan isteri dan rakan usahawan. Saya pernah buat perniagaan sebelum ini, tapi ada yang lingkup sebab tak tumpukan perhatian. Bila fokus, syukur kepada Allah SWT, ia mula menjadi.
"Sumber pendapatan utama dari perniagaan. Dari dunia seni memang tak ada langsung dah sebab saya pot0ng terus. Orang nak upah saya untuk buat ulasan pr0duk pun, saya buat secara percuma.
"Tawaran memang ada. Baru-baru ini pun ada orang hubungi untuk tawarkan lakonan, tapi saya tak buat kot," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment