05 March 2024

TYZO KEMBALI JADI PENYAMPAI RADIO - MULA TUGAS DI IKIM FM PADA 11 MAC INI



Akhirnya Tyzo Xander bakal kembali menjadi penyampai radio apabila bakal memulakan tugas di stesen radio IKIM FM pada 11 Mac ini, selepas tamat k0ntrak dengan stesen radio Suria FM.

Perkara itu sekali gus menamatkan sp£kulasi ramai peminat yang menantikan stesen terbaru yang bakal disertai Tyzo atau nama sebenarnya, Tuah Zolqarnain Idris.

Kata Tyzo, hatinya terbuka untuk menerima tawaran stesen radio berkenaan setelah pulang mengerjakan umrah baru-baru ini.

Difahamkan, Tyzo akan tampil mengendalikan segmen Inspirasi Pagi IKIM FM bergandingan bersama Suffian Amrin dan Luqman Hakim dari jam 6 hingga 10 pagi, setiap Isnin hingga Jumaat bermula Isnin depan.

Tambahnya lagi, dia berterima kasih kepada Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Profesor Madya Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil, yang membuka peluang kepadanya menyertai IKIM FM.

"Selepas saya tamat kontrak dengan Suria FM, ada beberapa pihak menghubungi saya bertanyakan mengenai perancangan dan sebagainya.

"Dari situ bermula perbincangan dan Alhamdulillah akhirnya saya buat keputusan sertai IKIM FM kerana saya yakin ia memberikan yang terbaik kepada saya menuju ke arah yang baik.

"Selama ini saya mungkin lebih banyak kepada hiburan, tapi saya percaya pendengar-pendengar IKIM FM juga perlukan hiburan dan tapi dalam cara yang lebih segar.

Klik untuk gambar besar

"Walaupun mengetengahkan genre sedikit berbeza daripada stesen-stesen radio yang pernah saya bertugas sebelum ini, namun pengalaman 21 tahun di dalam dunia penyiaran radio memberi keyakinan kepada saya untuk buat lebih baik.

"Ketika di Mekah saya asyik teringat-ingat tawaran yang diberikan. Selepas sekian lama lebih kepada hiburan, sekarang saya cuba berubah pula," jelasnya.

Sementara itu, Tyzo berkata sudah tiba masanya untuk dia menyumbang bakatnya kepada agama dan dalam masa sama menaikkan lagi mart@bat IKIM FM.

Menurutnya, dia perlu mengkaji karakter pasangan kontinya selepas menukar karakter lamanya yang agak gil@-gil@ dan kadangkala cakap lepas.

"Sebelum ini saya dengan Sharifah Shahirah atau Kak Rara ikut konsep program. Kali ini saya akan kaji karakter Suffian dan Luqman agar dapat bentuk keserasian dengan mereka.

"Sememangnya saya amat berbesar hati untuk bersama IKIM FM kerana saya dah lebih dua bulan tidak bersiaran," jelas Tyzo yang meluahkan kesyukuran apabila rezekinya dalam dunia penyiaran radio masih ada.

"Walaupun dunia saya sebenarnya bermula pada sebelah petang kerana saya bersiaran waktu petang sebelum ini, saya akan menyesuaikan diri untuk bertugas sebelah pagi pula.

"Sudah tiba masanya untuk saya menyumbang bakat dan kemahiran untuk agama dan negara," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: