05 March 2024

HABIS EDAH DUA MINGGU LALU - NONISWARA DALAM KEADAAN OKAY SELEPAS KEHILANGAN SUAMI



Pada 1 Oktober tahun lalu, pelakon Datin Seri Noniswara telah kehil@ngan suami, Allahyarham Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad.
Berhubung itu, difahamkan, Noniswara kini berada dalam keadaan baik. Perkara itu dikongsi anaknya yang juga pelakon baru, Erysha Emyra.

Jelas Erysha, ibunya itu baru saja tamat tempoh edah kira-kira dua minggu lalu, selain memberitahu, ibunya juga tidak sabar untuk bertemu dengan orang kerana agak lama duduk di rumah.

"Dia nak keluar jumpa orang. Bukan apa, sebab dah lama sangat duduk rumah. Apa pun, saya bersyukur kerana dari segi em0si dan ment@l, dia baik-baik saja," katanya.

Erysha yang pelakon drama 'Chinta Wrong Direction' ini turut mendedahkan ibunya itu menerima pelbagai kec@man di media sosial rent£tan dakwaan statusnya sebagai isteri kedua.

"Dia okay. Ibu saya seorang wanita yang kuat dan tabah. Dia boleh saja (menghad@pi kec@man). Bila dia kehilangan suami, sudah tentu saya akan cuba sedaya-upaya untuk berada di sisinya.

"Memang ketika bapa tiri meninggal dunia, saya terus sambung penggambaran. Tak sempat nak luangkan masa bersama emak tapi kami banyak berhubung menerusi telefon," ujarnya.

Untuk makluman,Noniswara berkahwin dengan Allahyarham sejak tujuh tahun lalu yang juga perkahwinan ketiganya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: