05 March 2024

ZARINA ZAINUDDIN LUAH SEDIH LIHAT ANAK ABBY & NORMAN, MARISSA DANIA JADI ISTERI NOMBOR DUA



"Dia boleh berkahwin dengan orang bagus-bagus yang berakhlak bagus dan punya masa depan yang cerah, tup tup jadi macam ni hati mak ayah mana tak h@ncur."
Demikian tulis Zarina Zainuddin di Instagram, dimana pelakon itu mengakui, dia kagum dengan kecantikan dan keperibadian anak kepada selebriti, Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu pemp£ngaruh media sosial, Marissa Dania.

Menurutnya dalam hantaran itu, anak Abby dan Norman ini terdidik dengan ajaran agama serta boleh berkahwin dengan orang yang bagus serta mempunyai masa depan yang cerah.

Ujar Zarina lagi, cinta tidak boleh dibawa ke mana, malah dia turut meluahkan rasa sedih dengan tind@kan Marissa yang didakwa menjadi isteri kedua.

Dalam pada itu, Zarina juga berkata, dia sudah melalui kehidupan sebagai isteri kedua dan tiada apa yang nak dibanggakan sebaliknya hanya dihin@.

Terdahulu, Abby berpendapat Aslam tiada kemampuan untuk berp0ligami serta terk£jut dengan perubahan Marissa sehingga anaknya bukan seperti yang dikenali, meskipun dia dan Norman Hakim sudah buat sehabis baik untuk anak mereka itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: