04 March 2024

AINA ABDUL JELAS DIA TAK KISAH SIAPA PUN PEMENANG, DIA TETAP TUMP4NG GEMBIRA



"Tahun ini, kita dapat melihat penyertaan dari pelbagai genre muzik. Jadi, kalau saya cakap saya sedih kerana dapat tempat ketiga, maksudnya saya tak bersyukur dan itu sudah berlaw@nan dengan tujuan utama, kenapa saya menulis lagu.
"Semua lagu ada kelebihan masing-masing dan tak sepatutnya dipertandingkan. Air lagu semuanya berbeza. Siapa pun yang menang, saya akan tumpang gembira."

Itulah tutur penyanyi Aina Abdul, 31, yang bersyukur walaupun berada di tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian berprestij, Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang berlangsung malam tadi.

Dalam pada itu, Aina yang tampil dengan lagu 'Jangan Mati Rasa Itu', berkata, setiap lagu ada kekuatan tersendiri dan sesiapa saja peserta yang bergelar juara akan diraikannya.

Aina atau nama penuhnya, Nurul Aina Abdul Ghani, turut memberitahu, dia juga adalah peminat lagu 'Hasrat' dendangan juara AJL38, Amir Jahari.

"Saya adalah peminat lagu 'Hasrat'. Bila orang tanya, lagu apa yang akan menjuarai AJL38, saya akan jawab 'Hasrat'. Walaupun saya adalah penyanyi yang menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi, tapi jiwa saya sebenarnya seperti lagu-lagu Amir.

"Cara saya menulis lagu pun bermula dengan gitar sebab saya suka lagu sebegini," katanya yang juga pencipta dan penulis lirik lagu 'Jangan Mati Rasa Itu'.

Menerusi pentas akhir AJL38, Aina yang merupakan pemenang tempat ketiga itu membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan trofi.

Selain itu, Aina juga turut memenangi kategori Vokal Terbaik dan berjaya membawa pulang hadiah RM12,000 serta trofi dan juga kategori Pilihan Alha Alfa dan membawa pulang RM12,000 dan trofi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: