04 March 2024
PERTAMA KALI RASA NIKMAT JUARA - AMIR JAHARI LUAH RASA GEMBIRA & TERK£JUT
Penyanyi Amir Jahari, 32, meluahkan rasa gembira dan terk£jut apabila dia dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) malam tadi, menerusi lagu 'Hasrat'.
Kata Amir, dia kerap menyertai pertandingan nyanyian tetapi belum berpeluang untuk meng£cap kedudukan sebagai juara.
"Bila menang ini, ada satu perasaan yang sangat p£lik. Saya rasa sangat gembira dan terk£jut sebab saya tak pernah sangka akan jadi juara. Banyak kali saya sertai pertandingan, tapi tak pernah ada nombor pun.
"Paling tinggi (tempat) pun, ketika saya serta pertandingan bersama AG Coco dan dapat tempat kedua," ujar Amir yang juga pencipta dan penulis lirik lagu 'Hasrat'.
Jelasnya lagi, dia tidak membaca mengenai ram@lan orang ramai mengenai lagu itu bakal bergelar juara, sebaliknya hanya mendengar makluman daripada kenalannya.
"Mengenai ram@lan orang di media sosial, saya tak baca Twitter sebelum saya naik ke pentas. Tapi, ada orang yang maklumkan kepada saya.
"Bagaimanapun, saya tak mahu percaya sebab saya tak pernah jadi juara. Saya tak mahu berharap sebab apa pun, di penghujung hari, saya tetap diri saya dan biar muzik saya yang 'bercakap' sendiri," katanya.
Di pentas AJL38 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, menyaksikan lagu 'Hasrat' berjaya menewaskan 11 lagu lain yang turut bertanding.
Menerusi kemenangan itu, Amir telah membawa pulang hadiah utama iaitu wang tunai RM100,000 dan trofi.
Lagu 'Hasrat' juga adalah runut bunyi filem 'Imaginur' arahan Nik Amir Mustapha yang menampilkan lakonan Beto Kusyairy, Diana Danielle, Datuk Afdlin Shauki, Nadiya Nisaa dan ramai lagi.
Kerjaya muzik Amir yang berasal dari Kuching, Sarawak bermula dengan menyertai program realiti popular, Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) pada 2011.
Bagaimanapun, dia hanya mampu bertahan sehingga minggu ketiga apabila diumumkan tersingk1r bersama seorang lagi pelajar AF9, Ayda Jebat.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment