04 March 2024

BANGGA DAPAT SEBARIS DENGAN IDOLA, AMIR JAHARI & AINA ABDUL - AISHA RETNO DEDAH AL4MI SER4NGAN P4NIK SELEPAS PERSEMBAHAN



"Kita tak tahu apa yang berl@ku kepada tubuh badan kita. Mungkin juga saya kepen@tan. Jadi, bila Allah cakap sesuatu akan berl@ku, ia akan berlaku"

Demikian ujar Aisha Retno, 24, yang memdedahkan, dia berdepan ser@ngan p@nik selepas selesai bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang berlangsung, malam semalam.

Aisha yang juga pemenang tempat kedua AJL38 dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan trofi, menerusi lagu 'Sutera' itu menjelaskan, ser@ngan p@nik itu berl@ku mungkin kerana dia kepen@tan, memandangkan proses persiapan yang panjang.

Dalam pada itu, Aisha turut berkongsi rasa bangga kerana dapat berada sebaris dengan dua idolanya iaitu Amir Jahari dan Aina Abdul.

Klik untuk gambar besar

"Amir dan Aina adalah idola saya. Saya bangga dapat berada bersama mereka. Ini kali pertama saya berada di AJL dan akhirnya menyandang gelaran naib juara.

"Kalau ada rezeki lagi selepas ini, saya nak sertai AJL lagi di edisi seterusnya," katanya yang juga pencipta lagu 'Sutera' bersama MFMF.

Dalam acara kemunc@k itu, Aisha dilihat telah memberikan persembahan luar biasa apabila melakukan aksi 'terbang' menggunakan kab£l ketika menutup persembahan lagu 'Sutera'.

"Saya suka tempat tinggi, tapi tak suka dengan kelajuan. Apabila dimaklumkan oleh pasukan produksi bahawa mereka akan 'tarik' saya sampai 'hilang' (tinggi dari sudut kamera), saya cakap jangan tarik laju-laju," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: