04 March 2024
NYANYIAN NABILA RAZALI DI AJL38 DIPUJI SEDAP, SEMPURNA
"Sedapnya suara Bella (Nabila). Banyak peningkatan berbanding sebelum ini."
"Suara Nabila sangat sempurna malam ini. Tahniah!"
Itulah antara pujian netizen yang kagum dengan perubahan vokal Nabila Razali yang menunjukkan banyak peningkatan dan suara penyanyi itu sedap serta sempurna berbanding sebelum ini.
Semua sedia maklum, Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) telah pun melabuhkan tirainya semalam apabila lagu 'Hasrat' nyanyian Amir Jahari dinobat sebagai juara sekaligus menewaskan 11 lagu yang bertanding.
Antara yang menjadi perhatian malam tadi adalah persembahan Nabila bersama penyanyi dan pelakon Khai Bahar menerusi lagu 'Selagi Ku Ada', dimana nyanyian berkenaan berjalan lancar tanpa ada 't£rkucil'.
Nyanyian Nabila yang juga seorang pelakon itu sudah pasti dinanti ramai kerana sebelum ini bekas peserta Akademi Fantasia 2013 (AF2013) pernah dikec@m dek nyanyian sering 't£rkucil'
Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai persembahan Nabila di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) yang dikatakan 't£rkucil' ketika menyanyikan lagu 'Peluang Kedua' sehingga penyanyi itu dikec@m t£ruk.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment