Akib@t kans£r hati tahap empat, bekas pemain dram kumpulan thrash metal popular, Crom0k iaitu Miji atau nama sebenarnya, Tarmizi Mokhtar, kini dirawat di hospital.
Berita itu dikongsikan pemain gitar Crom0k, Karl di Facebook semalam, dimana dia memohon peminat Crom0k berdoa memohon pertolongan Allah untuk Miji yang kini berdepan ujian.
"Hari ini, marilah kita bersama-sama berdoa memohon pertolongan Allah untuk sahabat kita, Tarmizi Mokhtar yang kini sedang berjuang dengan penuh ketabahan melawan kanser hati tahap empat di hospital," tulisnya.
Pada Oktober lalu, ketika Konsert Ulang Tahun ke-30 Crom0k - Forever In Time di Zepp Kuala Lumpur, mereka mengumumkan pengunduran Miji daripada Crom0k akibat mas@lah kesihatan.
Klik untuk gambar besar
"Doa adalah senj@ta orang mukmin dan secara bersama, kita adalah satu ummah yang dapat memberikan kekuatan melalui doa yang tulus dari hati.
"Mari kita bersama-sama memohon kepada Allah untuk meny£mbuhkan Miji dan memberikan kesabaran kepada keluarga serta sahabat-sahabat yang sentiasa berada di sisi beliau," kata Karl.
Untuk makluman, Miji dan Karl adalah anggota asal Crom0k yang menubuhkan kumpulan itu bersama Sam (penyanyi, bass) dan Din (gitar, penyanyi) ketika mereka menuntut di Sydney, Australia pada 1987.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment