31 March 2024
BALIK RUMAH ISTERI PERTAMA SELEPAS 5 HARI - DATUK RED DAH TAK MER4JUK
Nampaknya Datuk Red yang sudah beberapa hari keluar atas urusan kerja itu akhirnya pulang ke rumah isteri pertamanya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim atau Datin Red, semalam.
Menerusi perkongsian di TikTok, dapat dilihat anak-anak Datuk Red berl@ri ke kereta dan meluahkan rasa rindu terhadap bapa mereka selepas lima hari tidak berjumpa.
Maklum Datuk Red lagi, esok dia akan berjumpa dengan anak-anak isteri keduanya, penyanyi Adira Suhaimi pula.
"Hari ini Sabtu, untuk pengetahuan semua saya keluar rumah sejak hari Selasa pagi. Lima hari dah saya keluar rumah. Baju ini lah yang saya pakai sepanjang lima hari.
"Saya baru sampai rumah isteri saya yang pertama. Sebelum ini saya tidak pandai sangat buat video dan k0nten kemudian nak post di media sosial. Tetapi atas permintaan dua individu yang banyak menolong saya untuk buat video apabila tiba di rumah.
"Saya nak lihat reaksi anak-anak saya, tak mahu buat k0nten yang lebih-lebih nanti orang kata drama pula. Esok (Ahad) insya-Allah saya buat video berjumpa dengan anak-anak Adira pula," katanya.
Dalam pada itu, Datuk Red berkata, demi keluarganya, dia akan terus b@ngkit untuk memperb@iki diri, selain mahu men£bus kesil@pan lalu.
"Video yang saya buat hanya untuk bercerita tentang diri saya. Untuk melangkah dan bangkit dari masa silam, t£bus d0sa-d0sa. Ramai betul mendoakan saya, Alhamdulillah," ujarnya.
Sebelum ini, Datuk Red memberitahu, dia merajuk serta meminta netizen memujuk dua isterinya untuk kembali ke pangkuannya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment