31 March 2024

TAK SANGKA HUBUNGAN DENGAN JEJAKA PERANCIS BOLEH KEKAL LAMA - MAYA KARIN CUBA UNTUK JADI LEBIH REALIST1K



"Sebenarnya, saya juga terk£jut dan tak fikir hubungan kami boleh kekal lama walaupun setiap hubungan memang ada turun dan naik.
"Saya jangkakan lepas sebulan, saya akan reda jika kami ditakdirkan berpisah tapi apa yang berlaku sebaliknya.

"Ia satu hubungan yang kadang-kadang saya pun tak jumpa dia kerana dia juga sangat sibuk dan banyak melancong ke Asia Tenggara."

Itulah ujar pelakon Maya Karin, 44, yang mengakui hubungan dengan kekasihnya yang juga jejaka Perancis berjalan lancar dan sudah mencecah hampir dua tahun.

Kata Maya atau nama sebenarnya, Maya Karin Roelcke, dia juga tidak menyangka hubungannya dengan lelaki berusia awal 40-an itu boleh bertahan sampai sekarang.

Dalam pada itu, Maya turut mengulas mengenai hubungan mereka, dimana dia juga cuba untuk menjadi lebih realist1k dalam perhubungan mereka.

"Sekarang, saya dalam proses mengubahsuai rumah. Selain itu, saya juga sibuk prom0si filem dan selepas tu nak 'sho0ting' filem baru pula.

"Saya juga sudah beritahu dia mungkin saya tidak dapat bertemu dengannya selama enam minggu dan dia juga memahaminya.

"Namun, dia masih boleh melawat saya di lokasi penggambaran kerana dia memang suka tengok saya bekerja," katanya.

Selain itu, ditanya pula soal perkahwinan pula, Maya memberitahu, dia juga ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua selepas ini.

"Saya juga berasa seronok kerana ada seseorang di sisi menemani ketika berkahwin dulu. Ia satu pengalaman yang menarik. Insya-Allah, saya akan berkahwin satu hari nanti," tuturnya.

Sebelum ini, Maya pernah berkahwin dengan Muhammad Ali Abdullah tapi hubungan itu hanya bertahan selama dua tahun apabila mereka bercerai pada 16 Julai 2010.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: