31 March 2024

SHEEDA DEDAH ALLAHYARHAM ANAK PEREMPUANNYA HIDAP KANS£R HATI : "SAKINYA DALAM PERUT"



"Alin (Allahyarham) hidap kans£r hati, sakitnya dalam perut," kata penyanyi dangdut, Sheeda, 60, yang mendedahkan arwah anak perempuannya, Nur Fazlinda Ahmad Fazli atau Alin, 24, menghidapkan kans£r hati menerusi kiriman mesej di WhatsApp.
Sheeda yang berkata demikian menerusi kiriman mesej di WhatsApp itu turut menyifatkan dia tidak puas menjaga arwah perempuannya itu yang sakit di hospital kerana terlalu sekejap.

Tambah Sheeda atau nama sebenarnya, Sayyida Beevi M Shahul Hameed, tempoh sebulan untuknya menjaga sepenuh perhatian kepada arwah anak perempuannya itu amat singkat dan akhirnya 'pulang' ke pangkuan Allah SWT pada pagi Khamis lalu.

Dalam pada itu, Sheeda menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, meluahkan rasa berat dihatinya untuk melepaskan arwah Nur Fazlinda yang juga bidadari 'syurganya' itu.

"Berat rasa nak melepasmu, berat lagi melihat anak mama sakit, jadi kembali lah kepada penciptaMu, itu saja pilihan yang terbaik. InsyaAllah, Alhamdulillah nanti tunggu mama ya?

"Allah pinjamkan anak mama selama 24 tahun saja, cukup mama bahagia melalui kehidupan kita bersama, nanti kita akan bersama lagi tau.

"Sebulan menjaga Alin sakit sekejap saja, tak puas jaga Alin dah tinggalkan mama, apapun Alin terlalu baik dan tidak ada sedikit d0sa pun juga dengan papa, itu sebab Allah lebih sayangkan Alin dari mama," tulisnya.

Pada 28 Mac lalu, anak kedua Sheeda yang juga penyanyi dan pelakon, Bienda berkongsi di Instagram mengenai berita kehilangan adik perempuannya itu yang menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.30 pagi.

Mewakili arwah adiknya, Bienda atau Nor Razlinda Razli, 39, memohon maaf andai ada kesal@han Alin atau Faz yang pernah melukakan hati sesiapa yang mengenali, termasuk halalkan makan dan minumnya juga.

Jenazah Allahyarham Alin disembahyangkan di Masjid Zaid Bin Haritsah, Gombak dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak selepas Asar.

Untuk makluman, arwah Alin adalah cahaya mata Sheeda bersama bekas suami keduanya, Ahmad Fazli Mohammad yang bercerai di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur ketika Allahyarham berusia 13 tahun.

Menerusi perkahwinan pertama, Sheeda yang popular dengan lagu 'Angkat Kaki' itu dikurniakan dua anak iaitu Bienda dan abangnya, Hafizul Razli.

Pada 2007, Sheeda bertemu jodoh kali ketiga dengan guru, Sukri Hashim, namun bercerai pada 2019 lalu dan hasil perkahwinan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Aiman, 16.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: