31 March 2024

DATUK RED JELAS DIA BERNIAT NAK LUN4SKAN HUT4NG



"Dalam video saya di TikTok itu, saya tak ada kata pun saya tak ada hut@ng dengan orang. Niat saya keluar ini (buat video TikTok) selain mencari rezeki untuk anak-anak, memang niat saya nak melun@skan hut@ng.
"Sekarang ini memang masanya saya minta yang mana saya ada hut@ng dan apa semua agar bertenang, bersabar dulu, bagi saya peluang. Kalau kita ikutkan hati masing-masing nak mar@h, nak g@duh pun tak ada penyelesaiannya.

"Jadi, semua ambil tempoh bertenang, bagi saya buktikan dulu. Benda ini (pendedahan video TikTok) tak sampai seminggu lagi. Memang saya 'targ£t' (sas@r) lepas hari raya nanti memang ada berita baik untuk mereka semua."

Itulah jelas ahli perniagaan yang kini mufl1s iaitu Datuk Red, 46, yang meminta pihak yang mendakwa sudah menjadi m@ngsa pen1puannya dalam urusan jual beli tanah sebelum ini, agar bersabar dan bertenang kerana dia masih berusaha mencari duit.

Ketika dihubungi, Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu berkata, dia perlu masa untuk menyelesaikan semua hut@ng itu serta mensasarkan ada 'berita baik' untuk m@ngsa terb@bit selepas sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Sebelum ini, Datuk Red yang merupakan suami kepada Datin Red dan penyanyi Adira Suhaimi itu tul@r di media sosial selepas muncul membuat pendedahan dirinya yang sudah mufl1s sejak 2019, termasuk lima tahun tidak bekerja dan dit@nggung isteri.

Dalam pada itu, Datuk Red memberitahu, pendedahan video di TikTok yang dibuat itu juga tidak bermaksud hendak meraih publisiti dan jadi tular sebagaimana berlaku sekarang, tapi lebih kepada ingin mencari kerja bagi mendapat pendapatan menyara keluarga dan melun@skan hut@ng.

"Sabar saja dulu, bertenang. Saya tak akan l@ri. Kalau saya lari, saya takkan mengaku dalam video itu. Saya pun tak tujukan sal@h kepada orang lain, saya memang akui semua sal@h saya sendiri," katanya.

Difahamkan, ramai m@ngsa pen1puan mula munculkan diri mendakwa dit1pu Datuk Red dalam urusan jual beli tanah berkenaan di aplikasi X sehingga k£coh sebaik video TikTok lelaki itu tular.

Kini, Datuk Red meluahkan rasa syukur apabila mendapat rezeki menjadi model baju Melayu untuk gedung pakaian terkemuka, termasuk ditawarkan pekerjaan oleh jenama kambing perap popular dan pada esok (Isnin) akan menjual kuih raya di TikTok.

"Saya bersyukur Allah berikan kesedaran kepada saya sekarang ketika masih hidup dan bernyawa ini untuk saya berusaha kerja semula bagi mendapatkan pendapatan untuk melun@skan hut@ng-hut@ng saya yang banyak selain menyara keluarga," ujarnya.

Akui Datuk Red lagi, dia umpama 'sudah jatuh ditimpa tangga' apabila turut berhad@pan k£s tuntutan perceraian daripada dua isterinya, Adira dan Datin Red atau nama sebenarnya, Datin Seri Sharifah Norshafil Hassim.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: