16 March 2024
BANTU REMAJA LELAKI DAPATKAN SUMBANGAN IKHLAS DARIDAPA PENGUNJUNG DI BAZAR - REAKSI SPONTAN LAN PET PET TARIK PERHATIAN, TERIMA PUJIAN
Baru-baru ini, nama Lan Pet Pet tular di aplikasi TikTok apabila reaksi spontan pelawak itu membantu seorang remaja lelaki yang juga pelajar tahfiz bagi mendapatkan sumbangan ikhlas daripada pengunjung di Bazar Ramadan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah, menarik perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, Lan dilihat mer@ngkul tangan remaja itu sambil membawa tabung derma kepada beberapa pengunjung di Bazar Ramadan itu.
"Hampa (kalian) nak masuk syurga tak? Jangan nak rakam video saja, masuk duit dalam tabung ini. Kalau tak sumbang siaplah anda nanti," kata Lan spontan dalam video yang tular di TikTok.
Perkongsian itu mendapat reaksi p0sitif daripada pengguna akaun dengan menyifatkan tindakan Lan itu tepat dengan meminta sumbangan dengan cara 'paksaan'.
Ramai yang memuji tindakan spontan Lan yang meminta derma dengan cara 'memaksa' daripada beberapa individu untuk menyumbang wang seikhlas.
"Kadang memang kena paksa kalian ni." - "Lawak Lan Pet Pet. Apapun niat yang baik untuk membantu." - "Pasti penuh tabung itu. Terbaiklah," itulah antara komen-komen netizen.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment