02 March 2024

DEDAH MINTA BANTUAN LAGI - SHARIFAH SHAHIRAH KATA KALI INI ANAK AMAN GRASEKA SEDANG DIT1DURKAN



"Isteri dia mesej saya beritahu anak sedang dit1durkan di hospital. Saya terima mesej itu awal pagi sekitar waktu Subuh. Dia cakap mahu tunjuk video sebagai bukti."
Demikian kata penyampai radio, Sharifah Shahirah yang mendedahkan, dia menerima mesej daripada isteri kepada pelakon Aman Graseka pada awal pagi semalam.

Jelas Shahirah atau Shiera, anak kepada pelakon itu dikhabarkan sedang s@kit dan dit1durkan disebuah hospital di Kedah. Malah tambahnya lagi, isteri Aman itu juga berkata mahu menunjukkan video sebagai bukti.

Dalam pada itu, Shiera berkata, dia tidak bertanya lanjut mengenai keadaan anak pasangan itu, sebaliknya hanya berkongsikan kepada pendengar Suria Petang agar mendoakan kesihatan anak mereka.

"Saya memang tidak bertanya lanjut. Kalau benar anak s@kit, kenapa sampai perlu nak tunjuk video. Jika perlukan bantuan, dia sepatutnya hubungi orang terdekat.

"Sebelum ini pun dia tidak jujur sebab itu saya hanya berdiam sahaja kali ini. Cuma kalau betul saya hanya minta orang ramai mendoakan urusan mereka dipermudahkan," tuturnya.

Ujar Shiera lagi, jika Aman memerlukan bantuan lebih baik jika terus menghubungi pihak media untuk berkongsi cerita kerana dia tiada kudrat untuk membantu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: