"Ada orang hantar mesej fasal perkara ini (meninggal dunia). Kita ambil iktibar dari sudut positif. Pertamanya, Alhamdulillah saya masih hidup. Dalam media sosial ini, lebih banyak anda habiskan masa, lebih banyak orang lain ada untung."
Demikian kata pelakon Aiman Hakim Ridza, 35, dalam satu hantaran terbaharu di Instagram Story, mengenai berita palsu yang mendakwa dia sudah meninggal dunia oleh satu pemilik akaun Facebook yang tidak bertanggungjawab.
Suami kepada pelakon Zahirah Macwilson itu bagaimanapun enggan melayan sikap sesetengah pihak yang tergam@k melakukan hal seumpama itu demi meng@ut keuntungan.
Menerusi perkongsian itu, Aiman yang mengakui menerima mesej daripada orang di sekeliling bagi mendapatkan kes@hihan berita itu memuat naik tangkap layar sebuah hantaran di Facebook memberitahu, dia sudah meninggal dunia yang dimuat naik di sebuah akaun komuniti.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Aiman turut menitipkan nasihat kepada pengikut agar tidak terlalu bergantung kepada media sosial, sebaliknya meluangkan masa bersama orang tersayang.
"Lagi anda layan media sosial, lagi banyak benda merapu akan keluar. Kesimpulannya di sini kurangkan penggunaannya. Berboraklah dengan orang terdekat," ujarnya.
Untuk info, berita palsu memb@bitkan kem@tian selebriti bukan satu isu baharu, malah ramai selebriti turut berdepan dengan berita palsu ini sehingga menimbulkan kebimb@ngan dalam kalangan peminat termasuk ahli keluarga.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment