"Talita, daddy bangga tengok awak. Cantiknya," ujar pelawak dan usahawan Shuib di Insta Story, dimana dia meluahkan bangga apabila melihat penampilan anak perempuannya, Dzakira Talita Zahra atau lebih mesra disapa Dekta yang kini berhijab sebaik saja melangkah ke alam remaja.
Menerusi perkongsian video terbaru itu, Talita dilihat ayu mengenakan jubah dan hijab rona kelabu ketika menghadiri majlis iftar bersama keluarganya.
Sebelum ini, Shuib berkongsikan momen di Instagram apabila anak perempuannya itu sudah akil baligh dan melangkah ke alam dewasa.
Dalam video tersebut, Shuib tidak dapat menahan sebak apabila satu-satunya anak perempuannya itu sudah menjadi anak dara dan momen itu akan dikenang sampai bila-bila.
Dalam masa sama, Shuib turut mendoakan agar Talita menjadi seorang wanita yang solehah serta hebat di dunia dan akhirat.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment