"Nafkah anak dulu RM100, sekarang dah naiklah sedikit, RM200 seorang. Itu pun ada yang dia bagi dan ada yang tak bagi juga."
"Saya tak boleh bergantung kepada ibu bapa saya sepenuhnya sebab mereka pun dah bersara. Mereka sama-sama bantu jaga anak saya pun Alhamdulillah."
Itulah jelas bekas isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada yang memaklumkan pelakon itu sudah pun menaikkan jumlah nafkah buat kedua-dua anak mereka iaitu Humairah dan Umar.
Kata Shuhada nafkah dinaikkan dari RM100 ke RM200, namun Hafidz adakalanya culas dalam membuat pembayaran nafkah anak mereka.
Dalam pada itu, Shuhada berkata, meskipun sudah pun berpisah, dia memohon kepada bekas suaminya itu agar memberikan komitmen terhadap anak-anak.
"Saya mohon dia tolonglah beri komitmen sebab anak-anak dia juga kan. Saya mahu anak-anak saya jadi seperti kanak-kanak yang lain juga, dapat rasa kasih sayang seorang bapa," tuturnya.
Terdahulu, Shuhada mendedahkan Hafidz cul@s membayar nafkah kedua-dua anak mereka dan hanya memberi RM100 untuk setiap seorang.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment