28 March 2024

"AWAK PATUT BERSYUKUR YANG SAYA NI DAH HALALKAN SEMUANYA & 'MOVE ON'... TAPI AWAK NAK JUGAK MENJAWAB" - NABILA HUDA



Pelakon Nabila Huda, 40, baru-baru ini menerusi hantaran di Istagram Story telah meluahkan rasa k£sal dengan kenyataan dibuat syarikat produksi, Wiranusa Corporation untuk telefilem 'Pelangi Yang Hilang' lakonannya yang mendakwa sudah melun@skan bayaran berkaitan 'cl@im' (tuntutan) hut@ng terhadap mereka.
Nabila dalam kenyataannya itu tampil menafikan dia sudah menerima bayaran dimaksudkan kerana jelasnya, pihak produksi terb@bit tidak pernah berbincang dengannya bagi urusan penyelesaian pembayaran.

"Awak jangan cuba nak men1pu masyarakat dengan kenyataan 'pl@ysafe' awak, Wiranusa Corporation. Awak patut bersyukur yang saya ni dah halalkan semuanya dan 'move on'. Tapi awak nak jugak menjawab, rasa bersal@h pun takde.

"Macam kita pula yang men1pu dan memburvkkan syarikat dia. Bila masa pihak syarikat pernah berbincang dan lepas itu awak cakap tak ada kata sepakat yang dapat dibuat?

"Habis tu tak bayar lagi sepakat 'apo'? Yang mesej bertanya itu pun datang dari pihak saya tau. Tak cukup 'relax' lagi ke, saya ni lepas sebulan habis penggambaran baru saya bertanya status pembayaran 'cl@im' saya?

"Janganlah buat kita yang bermas@lah. Macam ni punya orang pun ada ke? Lepas tu awak pula yang nak membuka ruang untuk saya bertemu awak bagi memperjelaskan isu ini? Eh apa punya cara ni.. bukan ke awak yang sepatutnya kena sedar ruang sebab ada hut@ng yang belum diselesaikan?

"Macam mana awak bernafas setiap hari tapi awak masih berhut@ng dengan orang. Awak tak rasa bersal@h ke?," tulis Nabila yang seolah meluahkan apa terbuku di hati.

Tambahnya lagi, pihak produksi itu tidak perlu bersusah-payah cuba memut@r b£lit cerita, sekali gus berpura-pura menjadi m@ngsa keadaan. Dalam masa sama, Nabila turut mengingatkan agar belajar asp£k pengurusan dengan lebih baik.

"Saya ni wujud sebelum wujudnya 'company' (syarikat) awak tau. Jadi, awak janganlah cuba nak put@r b£lit untuk men£gakkan benang yang bas@h. Untuk pengetahuan awak, saya dah tak hairanlah dengan duit 'cl@im' tu semua.

"Awak sedekahkan saja dengan mereka yang memerlukan. Sementara tengah di bulan Ramadan ini, awak buatlah 'research' (penyelidikan), belajar dulu adab dan 'basic practice' (latihan asas) dalam produksi.

"Insya-Allah dipermudahkan urusan awak untuk terus menghasilkan karya yang lebih baik di masa akan datang setanding dengan produksi hebat yang lain," katanya.

Sebelum ini, Nabila ada mengeluarkan kenyataan mengenai sebuah produksi yang gagal membayar 'cl@im' dibuatnya selama dia memberi komitmen terbaik dalam pembikinan telefilem 'Pelangi Yang Hilang' itu.

Selain Nabila, telefilem itu turut dibintangi Luqman Junaidi, Danish Hazriq dan Asheeqa Maleeyka serta diarahkan Zul Huzaimy yang diambil dari kisah benar.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: