19 March 2024

DUA ANAK DIDAKWA DIBAWA SAFEE SALI SEJAK 6 FEBRUARI LALU - ISTERI LUAH RASA RINDU, NEK4D FAILKAN TUNTUTAN HAK PENJAGAAN



Isteri kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali atau nama sebenarnya, Mohd Safee Mohd Sali, 40, iaitu Fitria Elfina Maharip, 44, memberitahu, dia amat merindui apabila sudah sebulan lebih tak berhubung dengan dua anaknya, Shania Safina dan Shanika Salsabila.
Difahamkan, kedua anak Fitria Elfina masing-masing berusia tujuh dan sembilan tahun itu didakwa dibawa Safee sejak 6 Februari lalu.

"Sudah sebulan lebih saya tak boleh berkomunikasi dengan anak saya. Saya pun tak tahu anak saya ada di mana sekarang ini," tuturnya dalam nada sebak.

Katanya lagi, dia hanya mengetahui keadaan anaknya menerusi satu surat yang ditinggalkan dalam kereta suaminya, 28 Februari lalu.

"Dia (Safee) ada datang beberapa minggu lalu ambil barang anak-anak, tetapi dia keluar ikut pintu belakang dan naik kenderaan e-hailing.

"Keretanya ditinggalkan di rumah saya, jadi saya ambil kunci pendua dan nampak surat yang menyatakan anak-anak rindukan saya.

"Dalam surat itu juga menyatakan, anak-anak di sana tak selesa kerana ada orang yang mar@h," jelasnya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Fitria Elfina hadir ditemani peguamnya, Amir Syazwan Ahmad Fauzi bagi menjalani proses sulk k£s tuntutan hak penjagaan anak bersama Safee.

Berhubung k£s itu, Fitria Elfina menjelaskan, dia nekad memfailkan tuntutan hak penjagaan anak selepas terputus hubungan dengan mereka berdua sejak sebulan lalu.

"Saya nak berjuang untuk anak-anak saya sebab 100 peratus memang saya jaga anak. Saya tak pernah berpisah dengan anak-anak, ini kali pertama kami berpisah," katanya.

Sementara itu, peguam Fitria Elfina berkata, proses sulk yang berlangsung semalam, tidak berjaya apabila kedua-dua pihak gag@l mencapai kata sepakat.

"Hari ini (semalam berlangsung) proses sulk untuk kes hadanah hak penjagaan anak, mal@ngnya sulk tidak berjaya.

"Kita akan terus ke sebutan semula k£s tuntutan hak penjagaan anak yang akan berlangsung 9 Mei ini," ujarnya yang enggan mengulas lanjut.

Tambahnya lagi, sebutan untuk pengesahan lafaz cerai pasangan itu dijangka berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, jam 9 pagi hari ini.

Terdahulu, Safee yang memakai baju-T hitam, berpelitup muka dan hidung serta kaca mata hitam dilihat diiringi peguamnya, enggan melayan media apabila meninggalkan perkarangan mahkamah dengan tergesa-gesa.

Untuk makluman, Safee dan Fitria Elfina berkahwin pada 21 Disember 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Sebelum itu, Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) itu juga pernah berkahwin dengan Sabarina Yusof pada 2007 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan sebelum berpisah pada 2 April 2012.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: