23 March 2024

FATHIA LATIFF KONGSI GAMBAR BERSAMA IBU SEDANG BACA AL-QURAN : "SAYA RASA INI TAHUN TERAKHIR SAYA MENYAMBUT RAMADAN"



Baru-baru ini, pelakon Fathia Latiff telah memuat naik satu perkongsian dimana ia menjadi perhatian ramai apabila berkongsi gambar dengan kapsyen memberitahu bahawa tahun ini adalah Ramadan terakhir buatnya.
Melihat pada foto yang dikongsikan, Fathia bersama ibunya sedang membaca Al-Quran, namun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai statusnya itu.

"Saya rasa ini tahun terakhir saya menyambut Ramadan," tulis Fathia secara ringkas.

Sementara itu, menerusi perkongsian lain pula, Fathia berkata, bulan Ramadan bukan waktu untuk seseorang itu menjadi ri@k, sebaliknya fokus beribadah kepada Allah.

Terdahulu, Fathia memberi 'am@ran' kepada netizen berikutan sering dikec@m dan mengatakan jangan sampai dia kelu@r ag@ma disebabkan apa yang netizen lakukan kepadanya.

Fathia dalam masa sama juga mengatakan bahawa netizen yang akan masuk ner@ka kerana seolah memaksa dirinya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: