27 March 2024
HAFIDZ ROSHDI TAK HADIR MAHKAMAH LAGI - SHUHADA RASA K£SAL
"Seperti biasa, dia (Hafidz Roshdi) tak datang. Katanya, ada hal yang tak dapat dielakkan. Dia sepatutnya berikan komitmen kerana ini membabitkan anak-anak. Kalau boleh, kita nak percepatkan sebab dia yang failkan. Jadi, dia kena berikan kerjasama yang sepatutnya.
"Hal anak-anak, saya memang sens1tif. Kalau boleh, nak ada keputusan cepat-cepat. Saya nak ada hak itu. Sekarang, anak-anak semakin membesar dan semua urusan rasmi perlukan sijil hak penjagaan itu. Jadi, janganlah anggap benda itu rem£h.
"Saya dari jauh boleh datang, dia yang dekat tak boleh datang. Kenapa? Berilah kerjasama. Dia yang failkan, dia yang bersemangat sangat pada awalnya. Jadi, teruskanlah semangat itu dan janganlah separuh jalan."
Itulah ujar Nurul Shuhada Mat Shukri yang meluahkan rasa k£sal apabila bekas suaminya, pelakon Hafidz Roshdi tidak hadir lagi bagi sesi tuntutan hadanah di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, semalam.
Kata Shuhada, tind@kan Hafidz itu juga boleh melambatkan proses perbicaraan tuntutan hadanah yang difailkan oleh pelakon itu sebelum ini dan k£s itu perlu diselesaikan segera.
Susulan itu, perbicaraan k£s hadanah itu terpaksa ditunda ke 28 Mei ini dan Shuhada berharap selepas ini bekas suaminya itu dapat memberikan kerjasama untuk percerpatkan proses.
"Ini belum habis lagi dan sangat panjang lagi. Bagi saya memb@zir masa sebab tak jumpa penyelesaiannya. Jadi, saya nak percepatkan proses itu sebab dia pun dah ada kehidupannya. Jadi, saya kena berjuang untuk anak-anaklah.
"Saya kena dapatkan hak untuk anak-anak. Kalau boleh saya nak anak-anak gembira dan hidup senang sahaja. Saya harap selepas ini dia berikan kerjasama. Kita mudahkan orang lain, Allah akan mudahkan kita," tuturnya.
Dalam pada itu, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, semalam meluluskan permohonan Shuhada bagi menambah ibunya, Wan Latipah Yusof sebagai penjaga kepada anak-anaknya dan sebagai pihak dalam interim hadanah dan induk hadanah.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment