21 March 2024

KENANG KISAH DUDUK RUMAH ANAK YATIM - FASHA SANDHA RASA SEBAK



Pelakon Fasha Sandha baru-baru ini ada mendedahkan, ketika ibunya bergelar ibu tunggal, dia pernah tinggal di rumah kebajikan hampir dua tahun dan kerana itu, dia memahami situasi dilalui anak yatim.
Jelas Fasha, dia tinggal di rumah anak yatim berkenaan pada usia lima tahun selepas ibunya, Hatijah Teh Man menjadi penjaga di situ.

"Kehidupan anak yatim memang cukup dekat dengan saya kerana bukan saja tak merasa kasih sayang ayah sejak usia dua tahun, saya juga pernah membesar sebumbung dengan kawan-kawan senasib.

"Waktu itu mama bekerja di sebuah rumah anak yatim di Perlis, jadi saya bersama adik-beradik lain tinggal di sana memandangkan mama juga sudah menjanda ketika itu.

"Hampir dua tahun kami tinggal di situ," kongsi Fasha yang tidak dapat menahan sebak ketika berkongsikan kisahnya waktu kecil, apatah lagi tiada figura seorang bapa dan ibunya membesarkan mereka adik beradik sendirian selama lapan tahun.

Tambah pelakon ini lagi, ketika itu status janda dipandang ser0ng oleh orang ramai berbeza dengan zaman sekarang serta menyifatkan ibunya seorang wanita yang hebat.

"Mama buat banyak kerja demi sesuap nasi, tapi setiap hari dia tak lupa sediakan sarapan sebelum menghantar kami bertiga ke sekolah dengan berbasikal sejauh tiga kilometer.

"Walaupun serba kekurangan, tetapi mama sentiasa pastikan perut kami tak kosong, sekurang-kurangnya bawa bekal donut, itu yang buatkan kami sangat kagumi semangat mama.

"Apatah lagi zaman dulu janda dipandang ser0ng, tak macam sekarang yang hormatkan ibu tunggal. Tapi mama kami tak hir@u semua itu. Dia memang wanita hebat," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: