03 March 2024
KINI HAMIL ENAM BULAN ANAK KEDUA - HETTY SARLENE RASA BERSYUKUR : "TAK KISAHLAH APA JANTINA ASALKAN BAYI SIHAT"
Penyanyi Hetty Sarlene, 39, tidak lama lagi bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi apabila memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak kedua dan usia kandungannya kini sudah masuk enam bulan.
Dalam pada itu, bekas bintang Gegar Vaganza musim ke-5 (GV5) itu turut meluahkan rasa syukur kehamilan kali tidak mengal@mi apa-apa al@han seperti kelaziman ibu-ibu mengandung lain.
"Alhamdulillah... sejak mengandung anak pertama lagi saya tiada sebarang al@han dan munt@h-munt@h. Saya sentiasa aktif. Begitu juga apabila mengandung anak kedua ini.
"Keadaannya sama juga kerana saya tetap aktif. Saya sebenarnya tak tahu saya mengandung lagi. Apabila check dekat scan Gynae, tiba-tiba dah ada denyutan jantung.
"Suami pun tiada apa-apa al@han t£ruk. Malah dia kuat makan sahaja sekarang. Sama juga macam saya," tutur Hetty yang turut berkongsi kandungannya berada dalam keadaan sihat dan pemeriksaan doktor mengesahkan jantina bayinya lelaki.
"Alhamdulillah... kami tetap bersyukur seadanya. Tak kisahlah apa jantina asalkan bayi sihat," kata Hetty yang sudah dikurniakan anak pertama, Landon Alexander Oakes selepas empat tahun berkahwin dengan Dani Aaqil atau nama asalnya, Daniel Oakes yang berasal dari London pada 23 Julai 2016.
Ditanya perubahan anak sulungnya apabila bakal mendapat adik, Hetty memberitahu, Landon gembira menerima berita ini.
"Usianya kini tiga tahun dan dah memahami beberapa perkara. Semasa mula-mula diberitahu berita ini, Landon sangat gembira, tapi dia cakap tak mahu adik perempuan dan mahukan adik lelaki. Namun sekarang dia nakkan perhatian kerana mungkin menyangka emaknya (saya) tak sayangkan dia lagi," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment