27 March 2024

MASIH LAGI GUNA KHIDMAT KAUNS£LOR - SHUHADA DEDAH ANAK LELAKI RINDU AYAHNYA



"Saya pun t@kut sebab mereka nampak apa yang berl@ku. Jadi, saya t@kutlah sebab buat masa sekarang, nampak k£san kepada Humairah itu. Jadi, saya tak mahu dia rasa semua lelaki t£ruk dan tak b@gus. Saya kena jelaskan kepada dia, semua manusia tak sama.
"Kalau Allah beri ujian, semuanya bergantung kepada diri kita, sama ada kita nak l@ri kepada Allah atau sebaliknya. Kalau kita buat baik, Allah mesti bagi yang baik. Mereka pegang kata-kata itu.

"Sekarang pun, saya akan berjumpa kauns£lor. Saya nak siapkan ment@l dia supaya dia tak rasa bahawa ayahnya men@kutkannya. Buat masa sekarang, Humairah dah cukup besar untuk buat keputusannya sendiri."

Demikian tutur bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, yang mengakui masih lagi menggunakan khidmat kauns£lor untuk membantu menaikkan semula semangat anak sulungnya, Humairah yang mengal@mi tr@uma akib@t kepinc@ngan rumah tangganya.

Jelas Shuhada lagi, dia sering mengingatkan anak perempuannya itu bahawa setiap ujian Allah itu perlu ditang@ni sebaik mungkin dan tidak mahu anaknya menganggap semua lelaki sebagai tidak b@ik.

Shuhada bagaimanapun sentiasa mengingatkan anak-anaknya itu supaya menghormati dan menyayangi bapa mereka dalam apa juga situ@si.

"Saya beritahu dia, saya dan Hafidz dah bercerai. Humairah dengan abah, tak boleh ubah. Kena hormat dan sayang Hafidz itu. Jadi, saya selalu ingatkan dia bahawa tak boleh ubah hakikat itu.

"Mereka berdua dah faham walaupun agak mencabar juga untuk saya jelaskan. Sebab itulah saya perlukan bantuan kauns£lor sebab mereka lebih profesional untuk uruskan situasi ini," katanya.

Sementara itu, Shuhada memberitahu, anak bongsunya, Umar menyuruhnya membelikan robot untuk ayahnya : "Ibu, belilah abah robot di Shopee."

Tambah Shuhada lagi, anak lelakinya itu rindukan kehadiran seorang bapa dalam kehidupannya.

Tak mahu anaknya rasa ada kekurangan kasih sayang seorang bapa, Shuhada dalam pada itu berharap agar Hafidz dapat berikan komitmen dan tanggungjawabnya.

"Saya harapkan komitmen dia sebab anak-anak dia juga. Saya nak anak-anak saya rasa mereka ada juga abah walaupun tak sama macam orang lain. Sekurang-kurangnya, mereka rasa kehadiran seorang abah.

"Umar asyik cakap suruh beli robot abah. Jenuh saya nak cari. Saya tak mahu dia ada perasaan begitu. Saya nak kita sama-sama bagi anak tak rasa kurang kasih sayang itu," tutur Shuhada yang juga memberitahu, Umar juga pernah meminta untuk 'pinjam' ayah daripada sepupunya.

"Humairah dah jadi macam saya, dah mula tak kisah sebab dah mula membesar. Umar mungkin sebab dia masih kecil, jadi dia tengok sepupu-sepupunya ada ayah, dia macam teringin nak ada ayah.

"Pernah juga dia pergi kepada sepupu dia dan cakap nak pinjam ayah dia. Kasihanlah dekat anak-anak, kan. Kalau bercakap mengenai anak-anak, saya sens1tif sikitlah," katanya.

Selain itu, ditanya pula sama ada Hafidz ada menghubungi anak-anaknya, Shuhada memberitahu, Hafidz ada membuat panggilan video kelmarin.

"Saya tak dengar perbualan mereka sebab saya nak mereka ada privasi untuk bercakap dengan ayah mereka. Tapi, mungkin hal yang saya sempat terdengar, Humairah minta benda yang paling mahal sekali sebab dah sangat lama. Mungkin anak-anak ada minta sesuatu dekat dia kot," ujar Shuhada.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: