11 March 2024
MASIH MENANTIKAN BUKTI KES4HIHAH PERKAHWINAN ANAK - ABBY ABADI BERSOLOR0H MARISSA IKUT BAPANYA : "MASA NORMAN KAHWIN PUN SAYA TAK TAHU"
"Saya tak pernah letak diri saya ini sudah bermenantu ke belum, tak ada lagi menantu dalam kamus hidup saya. Benda yang tak ada depan mata saya jadi buat apa nak beria-ria. Benda itu tak berlaku dalam pengetahuan saya.
"Saya rasa Marissa ikut perangai bapanya, dahulu hubungan Norman dengan Memey pun di luar pengetahuan saya," tutur pelakon Abby Abadi yang berkata, dirinya tidak mempunyai menantu, selagi status perkahwinan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim tidak diketahui lagi.
Dalam masa sama, Abby sempat berselor0h perbuatan Marissa yang merupakan pemp£ngaruh media sosial sama seperti bapanya, pelakon Norman Hakim.
Menurut Abby lagi, dia masih menantikan bukti kes@hihan perkahwinan anaknya dengan lelaki bernama Aslam yang didakwa bernikah di Songkhla, Thailand.
Abby yang berkata demikian menerusi podcast bersama Datin Rabeeca Nur Al-Islam, turut memberitahu, dia ral@t dengan keputusan anaknya kerana Marissa ada pilihan untuk dapatkan yang lebih baik.
Sementara itu, ujar Abby, dia menerima perkahwinan anak perempuannya itu sekiranya sah di sisi undang-undang, selain menitipkan pesanan buat Marissa agar berpegang kepada Allah.
"Benda pun tak dapat disahkan lagi sama ada pasti atau tidak. Bukan tak nak terima takdir atau kenyataan tapi benda belum jelas lagi.
"Sekiranya betul menikah sah mereka boleh lalui kehidupan sebaiknya. Kenapa tidak? Saya tidak pun kata tidak terima kenyataan tapi kalau sah, saya reda sebagai ibu.
"Apa pun yang dibuat selepas ini teruslah berpegang kepada Allah dan jangan lupa mak ayah," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment