26 March 2024

NORMAN HAKIM MUAT NAIK PERKONGSIAN SAMBUT HARI LAHIR ANAK SULUNG - NETIZEN TANYA MANA ABBY ABADI



Menerusi muat naik di laman sosial, pelakon Norman Hakim telah berkongsi video sambutan ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim yang ke-21, baru-baru ini.
Melihat pada hantaran itu, Norman turut menulis ucapan, dimana dia tidak menyangka anak lelakinya itu akan menjadi 'rakan baiknya' suatu hari nanti serta boleh berkongsi rahsia dan rasa.

Dalam pada itu, Norman juga berharap hubungan rapat dengan anaknya itu akan berkekalan sampai bila-bila serta memohon maaf andai ada sal@h silap selama 21 tahun ini.

Namun apa yang menjadi perhatian, kelibat pelakon Abby Abadi dalam majlis berkenaan tidak kelihatan kerana hanya dilihat keluarga Norman sedang berbuka puasa bersama-sama sebelum solat berjemaah dan seterusnya memotong kek.

Dalam pada itu, diruangan komen, ada netizen tertanya-tanya di mana ibu kandung kepada Danish ini. Selain itu, ada juga netizen mengatakan Abby kini berniaga di Admiralty Bazaar, Singapura.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: