16 March 2024

SAHKAN MARISSA NIKAH DI THAILAND, CCTV JADI PETUNJUK - ABBY ABADI REDA ANAK PILIH HIDUP BERMADU



"Saya memperakui Marissa dan Aslam menikah di Thailand. Sijil nikah mereka ada pada saya. Cuma saya mahu mereka selesaikan isu ini. Daftar pernikahan di Malaysia, sahkan ia kerana kita tinggal di Malaysia.
"Saya bimb@ng pernikahan di Thailand sah atau tidak sebab itu saya minta mereka daftar pernikahan di sini. Selesaikan benda yang belum selesai. Kalau anak saya memilih untuk dia hidup bermadu, teruskan."

Itulah kata pelakon Abby Abadi, 46, yang mengakui anak perempuannya iaitu pempengaruh media sosial, Marissa Dania Hakim sudah pun bernikah dengan lelaki dikenali sebagai Mohd Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.

Ujar Abby, sebagai ibu, dia reda dengan pilihan yang dibuat Marissa yang mahu bergelar isteri kedua kepada lelaki itu.

Bagaimanapun, t£gas Abby, dia mahu Marissa dan suaminya itu segera mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia.

Dalam pada itu, Abby turut menceritakan kron0logi dimana rakaman CCTV menjadi petunjuk anaknya itu 'hilang' dan apabila disedari Marissa sudah berada di Thailand.

"Melalui CCTV. Saya pelik kawan anak saya (Marissa) keluar dari rumah tanpa pengetahuan saya pada hari kejadian. Hari Marissa dan Aslam menikah.

"Tapi saya tahu pun sudah lambat. Saya dapat k£san mereka di Thailand atas bantuan rakan polis. Saya beri maklumat dan mereka bantu jejak, tahu-tahu sudah di Thailand.

"Saya hubungi anak tetapi tidak dapat mungkin telefon bimbit ditutup. Saya mengharapkan benda tidak berlaku, tapi berlaku. Saya cuba menidakkan ia tak sah tapi siapalah saya kalau sudah Allah kata itu yang terbaik untuk mereka," tuturnya.

Hampir tiga minggu kisah perkahwinan Marissa menjadi bualan ramai, Abby juga berkongsi kron0logi bagaimana anaknya itu 'lol0s' bernikah senyap-senyap di Thailand.

"Saya balik hari itu, suami tengok kamera litar tertutup (CCTV) ada kawan perempuan Marissa di rumah dan baru saya tahu dia dah terlepas ke Thailand.

"Rupa-rupanya kawannya itu seperti ganti dia supaya tiada sesiapa tahu dalam bilik tu tak ada orang. Sangat-sangat tak terjangka dek akal," ujarnya yang turut menjelaskan, dia memang tak tahu kerana ia di luar jangkaan.

Terdahulu, nama Marissa kembali menjadi bualan ramai pada Januari lalu selepas Aslam dikatakan sudah bernikah dengan Marissa di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.

Pasangan terbabit dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan yang ketika itu sedang menunaikan umrah.

Pernikahan itu juga berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa, termasuk ibu bapanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: