16 March 2024

BILA EYRA HAZALI TAMPIL BERSUARA ISU RUHAINIES & ALIFF AZIZ : "SO PA PERGI MANA?... TAK AJAK WIFE..."



Semua sedia maklum mengenai kenyataan rasmi pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz yang akhirnya tampil menjelaskan mengenai isu mereka ditangk@p khalw@t, selepas hampir seminggu hangat diperkatakan.

Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Eyra Hazali, dimana dia mempers0alkan mengenai kenyataan Ruhainies yang berhubung pembantu peribadinya yang dikatakan konv0i bersama ketika pulang dari lokasi penggambaran menuju ke Kuala Lumpur itu.

Bukan itu sahaja, Eyra turut bertanyakan adakah Aliff juga ris@u akan keselam@tan dirinya apabila Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) datang ketuk pintu rumah.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Eyra juga tertanya-tanya mengapa isteri Aliff iaitu pelakon dan penyanyi Bella Astillah tidak diund@ng sekali untuk makan bersama kerana mereka juga dikatakan berkawan baik.

Sebelum ini, menerusi kenyataan Ruhainies baru-baru ini, pelakon itu berkata, pada malam tersebut adik beradiknya bercadang untuk makan dan bermalam di rumahnya.

Malah, Ruhainies juga menjemput Aliff untuk turut serta memandangkan baru saja selesai menjalani penggambaran dan dia turut mengenali keluarga serta adik beradiknya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: