16 March 2024

SYAFI TEE AKUI TIDAK BERMINAT BERGAUL, LEBIH SELESA BERSENDIRI : "KITA BANYAK BAGI TENAGA DEKAT LUAR... DARI SITU AKAN NAMPAK PERUBAHAN PADA DIRI KITA"



Pelakon Syafi Tee, 31, yang sebelum ini terp@lit kontr0versi panas tahun lalu apabila ters£bar video kononnya dia sedang bercvmbu dengan seorang individu itu mengakui dirinya tidak berminat untuk bergaul dengan sesiapa dan perubahan tersebut sekaligus mengubah rutin hidupnya.
"Kalau pergi karaoke atau tengok wayang pun, saya pergi seorang diri. Apa yang saya buat adalah duduk di rumah, pergi masjid, duduk dengan keluarga, pergi gimnasium, tidur awal, makan makanan sihat dan baca skrip untuk penggambaran.

"Itu adalah rutin saya setiap hari. Saya tak ada keluar dengan orang atau melepak. Saya buat semuanya sendirian," tuturnya yang juga memberitahu, dia tidak mahu membu@ng tenaga melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

"Bukan tak nak berkawan, tapi saya percaya bila buat banyak perkara sendiri, kita akan lebih fokus pada diri sendiri saja.

"Kalau banyak fokus dekat perkara lain, kita tak ada masa untuk diri sendiri. Kita banyak bagi tenaga dekat luar. Dari situ akan nampak perubahan pada diri kita," kata anak kepada pendakwah popular, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: