14 March 2024

"SAYA MAAFKAN NAMUN TIDAK MUNGKIN MELUPAKAN" - BELLA ASTILLAH TAK SANGKA RUHAINIES DIANGGAP SAHABAT S4NGGUP LAKUKAN PERKARA SEDEMIKIAN



"Mungkin perceraian dan k£s yang terjadi ini sebagai hadiah ulang tahun saya pada 15 Mac. Ia menjadi pengajaran untuk saya lebih menyayangi diri sendiri.
"Sehingga hari ini, pelakon wanita itu langsung tidak menghubungi. Saya juga tidak mahu panjangkan isu ini dan sempena bulan Ramadan yang mulia ini saya maafkan dia.

"Saya maafkan namun tidak mungkin melupakan. Tak tahu pada masa akan datang mungkin kami akan bertemu, saya belum terfikir ke arah itu.

"Cuma saya harap tidak akan berjumpa dengannya. Apa yang saya harapkan perkara ini menjadi pengajaran buat semua termasuk diri sendiri."

Ujar pelakon dan penyanyi Bella Astillah dimana dia memilih untuk memaafkan pelakon Ruhainies, meskipun wanita itu ditangk@p khalw@t dengan suaminya, Aliff Aziz.

Namun kata Bella, dia tidak mungkin dapat melupakan kejadian hit@m tersebut dan sehingga kini Ruhainies masih tidak menghubunginya.

Malah, Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 30, berkata, apa yang terjadi adalah pengajaran untuk dia lebih sayangkan diri sendiri.

Dalam pada itu, jelasnya lagi, dia juga tidak menyangka Ruhainies yang dianggap sebagai sahabat baik s@nggup melakukan perkara sedemikian serta mengatakan pelakon itu sangat baik di lokasi penggambaran.

"Di lokasi penggambaran dia sangat baik. Saya tak sangka perkara ini terjadi, sebab itu susah untuk memberi sebarang komen.

"Saya juga ambil keputusan untuk tarik diri dari penggambaran drama kerana itulah yang terbaik. Syukur pihak produksi amat memahami situasi yang sedang saya al@mi," katanya.

Sementara itu, Bella yang ditanya mengenai keadaan Aliff, bagaimanapun enggan mengulas lanjut serta meminta mendoakan buat suaminya itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: