14 March 2024
"SEKARANG SAYA INI ISTERI ORANG... TIDAK SEPATUTNYA SAYA TOLONG" - MAS IDAYU NASIHATKAN ORANG RAMAI SEL1DIK DULU SEBELUM BANTU
Semua sedia maklum mengenai dakwaan pelakon Aman Graseka sedang berd£pan kepay@han hidup seperti yang diperkatakan.
Berhubung dakwaan itu, bekas isteri Aman iaitu penyanyi Mas Idayu, 51, memberitahu, dia tidak akan membantu bekas suaminya itu sekiranya benar dakwaan tersebut.
Jelas Mas Idayu, biarpun pernah hidup bersama pelakon itu, namun dia bukanlah individu yang tepat untuk menolongnya.
"Saya tidak akan membantu. Sekarang saya ini isteri orang. Tidak sepatutnya saya tolong. Kalau kami tidak ada hubungan sebelum ini, mungkin saya boleh bantu.
"Dalam keadaan sekarang, anak saya yang sepatutnya membantu. Dia yang ada ikatan dengan Aman. Namun, anak saya tidak dapat hubungi bapanya itu," ujarnya.
Dalam pada itu, Mas Idayu turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah menghulurkan bantuan kepada pelakon tersebut tanpa menyel1dik kisah sebenar yang berlaku kepadanya.
"Kepada orang luar, usah mudah memberi kalau tidak pada s@luran yang betul. Kalau fikir l0gik, dia (Aman) sepatutnya minta daripada anak atau saudara-mara. Kenapa pula tiba-tiba nak meminta-minta daripada orang ramai dengan cara begini," katanya.
Untuk makluman, Mas Idayu pernah berkahwin dengan Aman pada 1997, sebelum bercerai pada 2007. Hasil perkongsian itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata diberi nama Nur Dayini Asyiqa.
Terdahulu, nama Aman atau nama sebenar, Aman Shah Baharom Shah dan isteri, Reena Arina tular berikutan dakwaan sering meminta bantuan kewangan daripada rakan artis.
Bagaimanapun, baru-baru ini, Aman dilapor menafikan meminta wang daripada mana-mana individu melainkan Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) dan rakan rapat.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment