14 March 2024

RAJA AZURA ENGGAN GUNA KU4SA 'V£TO' IBU DALAM TENTUKAN CALON PASANGAN ANAK-ANAKNYA



"Saya t@kut (guna ku@sa v£to ibu) sebab perjalanan atau pelayaran hidup mereka biarlah mereka (anak-anak) yang lalui. Kita dah tua nanti, tak boleh nak buat apa dah termasuk menentukan itu dan ini.
"Tiga anak saya buat masa ini masih melanjutkan pengajian masing-masing di universiti dan sebagai ibu tunggal yang membesarkan mereka, saya amat bersyukur anak-anak berjaya dalam pendidikan."

Jelas pelakon dan pengacara senior, Raja Azura, 51, yang berkata, dia tidak mempunyai kriteria tertentu untuk calon bakal menantu, walaupun dia pastinya inginkan anak-anak bertemu pasangan hidup yang baik.

Raja Azura atau mesra disapa dengan panggilan Kak Engku mengakui, dia tidak mahu menjadi ibu yang memegang ku@sa 'v£to' dalam menentukan calon pasangan anak-anaknya.

Sementara itu, Raja Azura yang kini tampil dengan watak Naemah dalam drama terbaru, 'Iskandar Chempaka', memberitahu, wataknya itu adalah seorang ibu mentua yang cer£wet.

Tambahnya, dia melihat watak Naemah itu amat dekat dengan dirinya yang juga seorang ibu, namun apa dipersembahkan sekadar lakonan saja.

"Dalam realiti, saya bukanlah seperti Naemah walaupun menginginkan pasangan yang baik untuk anak-anak. Tapi, drama Iskandar Chempaka ini memang boleh dianggap cerita yang dekat dengan masyarakat.

"Ini kerana setiap ibu yang ada anak, kita memang inginkan yang terbaik untuk mereka. Kita mesti akan terfikir bila anak kita kahwin, bolehkah isterinya jaga dan masak seperti mana yang kita pernah buat?

"Bagaimanapun, perlu diingat bahawa dalam perkahwinan bukan hanya mengambil kira mengenai pasangan saja, namun sebenarnya kepada seluruh keluarganya juga," tuturnya.

Raja Azura berkata, dia kini memilih tawaran berlakon kerana mahu memberi tumpuan kepada anak-anak, apatah lagi ketika muda dulu sudah terlalu kuat bekerja.

"Saya dah tak muda lagi. Saya memang memilih tawaran drama yang baik kerana mahu memberi fokus membesarkan anak-anak

"Lagi pun, dulu saya dah pernah lalui zaman bekerja k£ras. Jadi, kini saya memang tak ambil banyak projek dalam satu-satu masa sebab tak mahu susahkan produksi," katanya.

Untuk makluman, Raja Azura pernah berkahwin dengan Adzmin Osman iaitu anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff pada Mac 2001, namun bercerai pada 28 September 2010.

Mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Megat Muhammad Raziq, 22; Megat Luqman Hakim, 21, dan Puteri Mia Maizura, 19.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: