06 March 2024
TAK REDHA SEGALA PENGHIN4AN & PENGANI4YAAN - RITA RUDAINI BID4S NETIZEN ISU ANAK-ANAK
"Dah dah la tu, kami bertiga dah cukup tenang. Anak-anak pun dah tumbuh misai. Tak duduk dekat tempat kami senang la cakap, lebih baik duduk diam saja dan jangan tambah beb@n orang.
"Apa-apa pun saya tak redha dengan atas segala penghin@an dan pengani@yaan ke atas kami selama ini, biarlah Allah yang selesaikan. Noktah."
Demikian tulis pelakon Rita Rudaini yang membid@s tind@kan netizen yang tidak menjaga sens1viti dirinya dan anak-anaknya, selain meminta agar netizen tidak menjadi terpaling 'tahu' mengenai kisahnya.
Jelas Rita, selama ini dia yang membesarkan kedua anaknya seorang diri dari kecil sehingga kini, dek kerana itu katanya, tiada siapa pun yang layak untuk mengambil nama anak-anaknya apabila mereka sudah dewasa dan berjaya kelak.
Rita yang berkongsi perkara itu menerusi Instagram itu turut memuat naik semula video yang memaparkan buku mengenai dirinya bertajuk 'Kerana Aku Seorang Perempuan'.
Dalam masa sama, Rita juga meminta netizen supaya baca buku tersebut terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen.
Disamping itu, Rita yang merupakan ibu tunggal ini berharap pihak di luar sana tidak masuk campur dalam urusan mereka, kerana dia bersama dua anak lelaki sudah bahagia dan tenang.
Sebelum ini, ada netizen yang bersimp@ti terhadap bekas suami Rita iaitu pemain bola sepak, Aidil Zafuan yang juga bapa kepada anak-anak mereka.
Netizen berkata, dia ada menonton live di TikTok, dimana anak-anak Aidil ada menyebut nama abang mereka, Airit Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna.
Ujar netizen itu lagi, tiada bapa yang tidak sayangkan anak mereka serta berharap pelakon itu memberikan peluang kepada Aidil untuk bertemu dengan dua anaknya itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment