06 March 2024

TETAP MAHU CERAI - ADIRA INGIN BINA KEHIDUPAN BARU



"Semoga yang baik-baik saja, dan dapat selesai dengan cepat," kata penyanyi Adira Suhaimi yang berpegang t£guh dengan pendiriannya untuk bercerai dan membina kehidupan baharu.
Dalam pada itu, Adira juga berharap dapat menyelesaikan mas@lah rumah tangganya bersama Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu, dengan segera dan harmoni.

Sementara itu, ditanya pula mengenai keputusan sama yang dibuat madunya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim atau Datin Red dimana dia turut menfailkan perceraian, Adira bagaimanapun enggan mengulas lanjut : "No comment," tuturnya secara ringkas.

Sebelum ini, Adira dan Datuk Red hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang bagi prosiding keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pagi semalam.

Bagaimanapun, proses itu gag@l menemui jalan penyelesaian dan mahkamah melanjutkan kepada proses Hakam yang akan berlangsung pada 24 April depan.

Sementara itu, peguam yang mewakili Datuk Red iaitu Muhammad Akmal Azman memaklumkan, anak guamnya itu turut berd£pan dengan permohonan perceraian yang difailkan isteri pertama di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor pada 18 Mac ini.

Pada 25 Oktober lalu, Adira memfailkan perceraian ke atas suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor kerana tiada persefahaman.

Adira pernah memfailkan perceraian pada tahun 2019, namun menarik semula permohonan itu demi anak-anak.

Untuk makluman, Adira berkahwin dengan Datuk Red di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun.

Dalam pada itu, perkahwinan Datuk Red bersama isteri pertamanya pula iaitu Datin Red, pasangan ini mempunyai lima orang cahaya mata.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: