21 March 2024
SHUK SAHAR AKUI TAK BERNIAT SOR0K PERKAHWINAN, TAPI S£RIK KONGSI KISAH PERIBADI
"Sejujurnya, apa yang dikeluarkan mengenai perkahwinan saya adalah betul. Saya sudah berkahwin pada November tahun lalu. Tapi akan ada satu masa saya akan maklumkan mengenai perkara ini.
"Bukanlah saya berahsia mengenai perkahwinan ini sebab keluarga dan rakan-rakan rapat tahu. Cuma belum sampai masa untuk saya cerita mengenai hal ini dengan lebih terbuka."
Demikian jelas pelawak dan pengacara, Shuk Sahar menerusi temu bual bersama satu podcast, dimana dia mengakui dirinya sudah pun mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hati, Farra Salleh pada November tahun lalu.
Kata Shuk lagi, cukup sekadar ianya diketahui ahli keluarga terdekat dan akan umumkan berita mengenai perkahwinanya apabila tiba masa yang sesuai.
Dalam pada itu, Shuk turut memberitahu, dia tidak mahu terlalu terbuka berkongsikan mengenai kisah peribadi dan sudah belajar dari pengalaman lalu.
"Sebelum ini saya selalu kongsi di media sosial dan terlamp@u terbuka sampaikan perkara itu 'backfire' saya balik," ujarnya.
Sebelum ini, Fara Salleh mengakui, dia dan Shuk sudah bergelar suami isteri sejak empat bulan lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment