08 March 2024
TUNJUK SURAT MAHKAMAH - K£S HIDAYAH & KELUARGA ALI PUTEH BELUM SELESAI
Semua sedia mengetahui mengenai kem£lut antara Ali Puteh dan kakak iparnya, Nor Hidayah dimana ia sudah pun sudah pun selesai selepas pelawak itu melun@skan tuntutan hut@ng bernilai RM72,000, minggu lalu.
Namun terkini, Hidayah menerusi TikTok telah berkongsi hantaran yang mengejutkan ramai apabila memuat naik surat mahkamah tertera namanya dan anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah sebagai def£ndan.
Turut kelihatan nama plaintif dipercayai kakak iparnya serta nama Ali Puteh serta keluarganya yang lain.
Dalam perkongsian itu, Hidayah turut menulis kapsyen, dimana dia berdoa agar dirinya diberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusannnya.
Bagaimanapun, balu kepada Allahyarham Abam Bocey ini tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkongsiannya itu.
Sementara itu, diruangan komen pula, Hidayah memaklumkan ianya bukan mengenai harta pusaka kerana semua sudah mendapat bahagian masing-masing dan lambat laun orang ramai akan tahu mengenai apa.
Dalam pada itu, Ali turut membuat sesi siaran langsung bagi mempertah@nkan dirinya. Dakwa Ali, Hidayah menuntut bahagian tanah (tempat tinggal kakaknya) untuk difaraidkan dengan alasan ada nama arwah Abam.
Selain itu, Ali turut mendakwa tanah itu dibeli kakak dan Abam semasa arwah masih bujang lagi serta mempunyai bukti surat jual beli separuh tanah dibeli kakak, manakala separuh lagi arwah Abam.
Tambah pelawak itu lagi, belum berkesempatan untuk menukar nama, Abam pula meninggal dunia sekaligus merum1tkan urusan.
Bukan itu sahaja, Ali turut mempers0alkan Hidayah yang s@nggup mengambil tempat tinggal kakaknya untuk difaraidkan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment