07 March 2024
"SAYA DILAHIRKAN MEMANG BUKAN ANAK ORANG SENANG... SAYA JUGA PERNAH HIDUP SUS4H & TINGGAL DI KAWASAN FL4T" - CHE TA
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta, 51, baru-baru ini telah berkongsi, dimana dia pernah menjalani kehidupan sus@h selepas arwah bapanya meninggal dunia ketika dia berusia 15 tahun dan ibunya terpaksa mencari kerja untuk menyara mereka sekeluarga.
"Saya dilahirkan memang bukan anak orang senang. Saya juga pernah hidup sus@h dan tinggal di kawasan fl@t (apartment) sebelum ini.
"Emak seorang suri rumah dan tidak pernah bekerja seumur hidupnya. Emak juga terpaksa buat pelbagai kerja termasuk bekerja di kantin sekolah dan arwah Toklah yang menjaga kami adik beradik.
"Dari situ, saya sudah tengok kesus@han emak bekerja keras untuk membesarkan kami tetapi emak tidak pernah minta bantuan orang lain, pun," tuturnya.
Meskipun begitu, Che Ta berkata, kehidupannya sekeluarga mula berubah bila dia bekerja sebagai pramugari pada usia 17 tahun dengan gaji mencecah RM5,000 sebulan.
"Ketika bekerja sebagai pramugari, saya juga berkahwin dengan juruterbang pada usia 20 tahun tetapi bercerai pada usia 30 tahun.
"Selepas bercerai, saya tiada pekerjaan serta turun naik mahkamah ketika itu. Mujur, saya ada duit simpanan dan bila sudah menang kes baru saya dapat duit untuk bayar peguam," katanya.
Enggan menoleh ke belakang lagi, Che Ta turut memberitahu, dia kembali dalam bidang pemod£lan dan menceburi bidang lakonan selepas bercerai untuk menyara dirinya dan anak-anak.
"Kaum wanita juga tidak boleh hidup terlalu berg@ntung sangat dengan lelaki. Saya sendiri, bila bercerai tak dapat harta apapun. Selama 10 tahun, saya hidup menjanda sampailah saya berkahwin dengan Zain," kata Che Ta yang kini merupakan isteri kepada pelakon Zain Saidin itu.
Tambah ibu kepada tiga cahaya mata itu lagi, dia percaya lelaki akan lebih menghormati jika wanita ada pendapatan mereka sendiri.
"Saya juga berlakon pada usia yang agak lewat tapi tidak terlalu lewat untuk kita mulakan sesuatu kerana yang penting ada kemahuan.
"Tapi, sampai bila saya nak berlakon sebab itu saya buat pelbagai bisnes. Kalau anda suri rumah pun masih boleh buat bisnes dan menjana pendapatan keluarga," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment